Kelibat Bintang Selangor Ditagih Untuk Sekat Ketajaman Erling Haaland

Selangor bukan sahaja menjadi antara pasukan yang melepaskan ramai pemain tempatan musim ini untuk kejohanan antarabangsa bersama Harimau Malaya, malah khidmat tonggak import pasukan tersebut juga turut mendapat perhatian.

Terbaharu, dua pemain import mereka iaitu Yazan Al-Arab serta Noor Al-Rawabdeh turut dipanggil oleh pasukan kebangsaan mereka iaitu Jordan untuk siri persahabatan antarabangsa Tier 1 mengikut kalendar rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Lebih menarik, dua bintang import ini juga bakal menghadapi dua aksi antarabangsa dengan membuat perhitungan bersama Norway serta Azerbaijan yang bermula pada 8 September 2023.

“Yazan Al-Arab dan Noor Al-Rawabdeh telah menerima panggilan rasmi untuk menyertai Jordan pada perlawanan antarabangsa seterusnya menentang Norway dan Azerbaijan pada 8 serta 9 September 2023,” jelas kenyataan dikeluarkan oleh laman rasmi Selangor.

Untuk rekod, Yazan merupakan pemain selangor yang sudah pun memasuki musim kedua beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bersama prestasi cukup menyakinkan di posisi pertahanan.

Musim ini sahaja Yazan telah beraksi sebanyak 16 perlawanan dalam saingan Liga Super 2023 serta turut meledak satu gol walaupun beraksi selaku pertahanan tengah.

Manakala rakan sepasukan beliau iaitu Noor pula telah memberi reaksi cukup positif pada musim pertama beliau beraksi dalam saingan Liga M selaku pemain di posisi tengah.

Daripada 19 perlawanan membabitkan Noor dalam saingan Liga Super, pemain kebangsaan Jordan ini telah pun meledak lima gol secara keseluruhan bersama satu bantuan jaringan.

Kedua pemain ini bakal diuji kekuatan mereka di pentas antarabangsa dengan bertemu salah satu kuasa besar bola sepak di Eropah iaitu Norway.

Apa tidaknya, Norway merupakan antara negara yang dibarisi ramai pemain bintang handalan dunia dengan salah seorang daripada ahli pasukan tersebut ialah penyerang paling digeruni kini di Eropah, Erling Haaland.

Haaland setakat ini telah pun memulakan musim beliau dalam saingan English Premier League (EPL) bersama Manchester City dengan cukup menyakinkan di hadapan gol.

Daripada empat perlawanan diharungi penyerang muda tersebut, Haaland telah pun merekodkan enam gol secara keseluruhan dengan salah satunya merupakan hatrik ketika City menewaskan Fulham menerusi keputusan penuh 5-1.

Selain Haaland, pasukan tersebut juga turut dianggotai tonggak utama Arsenal sejak beberapa musim ini iaitu Martin Odegaard selain pertahanan kental Brentford, Kristoffer Ajer.

Pastinya ini menjadi suatu pengalaman berguna buat Yazan serta Noor untuk menghadapi Norway pada aksi persahabatan ini kerana Jordan juga sedang sibuk mempersiapkan diri untuk ke saingan Piala Asia tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN