Kelayakan Piala Dunia: Waspada Dengan ‘Garuda Baharu’, Pesan Tan Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe Malaysia Indonesia Training

Pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe mengingatkan kepada para pemainnya agar lebih waspada apabila melayan kunjungan Indonesia dalam aksi ke-5, kelayakan Piala Dunia 2023/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pada Selasa.

Ini kerana, menurutnya terdapat banyak perubahan kepada skuad yang dikendalikan sementara oleh Yeyen Tumena selepas Simon McMenemy dipecat akibat prestasi buruk Sang Garuda dalam empat aksi sebelum ini – mereka tewas semua perlawanan.

Turut mencuri tumpuan apabila beberapa tonggak utama pasukan telah digugurkan seperti Andik Vermansyah, Evan Dimas, Hansamu Yama, Beto Goncalves, Saddil Ramdani dan juga Sefano Lilipaly.

Ini mengundang persoalan, bagaimanakah rupa dan permainan yang akan dibentuk oleh Yeyen Tumena untuk skuad ‘Garuda Baharu’ ini? Siapa bakal dipertaruhkan ke dalam skuad utama?

Bercakap kepada Harian Metro, Tan Cheng Hoe dipetik berkata yang Indonesia pastinya memburu kemenangan pertama untuk Derbi Serumpun ini dengan perubahan ketara ke atas skuadnya.

“Kita tahu mereka [Indonesia] melakukan beberapa pertukaran termasuk jurulatih dan pemain baharu ke dalam skuad. Ia pasti membawa perubahan kepada pasukan itu yang sudah tentu inginkan kemenangan dengan pasukan baharu.

“Jadi kita kena tak boleh lagi memikirkan atau terlalu yakin dengan kemenangan lalu kerana sekarang semuanya sudah berbeza,” ujar pengendali berusia 51 tahun itu yang ditemui sejurus sesi latihan.

Tambahnya lagi, apa sahaja isu berhubung pasukan lawan, para pemainnya diingatkan supaya tidak terlalu memikirkannya kerana ia boleh mengganggu persediaan dan tumpuan para pemain.

“Tapi seperti selalu saya pesan kepada pemain, kita kena fokus dan beri tumpuan dengan persediaan sendiri dan jangan terlalu fikirkan perkara lain kerana ia akan mengganggu tumpuan kita,” jelasnya.

Bercakap di Berita Awani pula, pengendali skuad kebangsaan itu menjelaskan Norshahrul Idlan Talaha mungkin tidak sehebat 10 tahun dahulu namun, pemain berusia 33 tahun itu masih mampu memberikan sumbangan buat jentera serangan skuad negara.

“Ada satu, dua pemain yang kita rasa boleh isi bahagian serangan dan tentunya Mat Yo [Norshahrul Idlan] adalah pemain paling berpengalaman. Kemungkinan besar kita boleh pertimbangkan,” ujarnya sambil menyatakan nama Norshahrul Idlan masih besar buat Indonesia dan mampu menghadirkan rasa gerun.

Kredit Featured Image: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN