Quantcast

KOMUNITI SELANGOR CHAMPIONS LEAGUE

SCL2019: Kuala Selangor Batu Dua FC Melangkah Ke Suku Akhir, Tundukkan Kingstown Klang

Kemenangan penting 2-1 menentang Kingstown Klang FC telah membawa Kuala Selangor Batu Dua FC ke peringkat suku akhir Selangor Champions League 2019 (SCL2019) pada aksi yang berlangsung di Arena MPSJ, sebentar tadi.

Corak permainan menarik ditampilkan kedua-dua pasukan apabila saling berbalas serangan sebaik sahaja perlawanan dimulakan.

Pemain sayap kiri Kingstown Klang FC, Shah Azman Ekmal Saleh nyata menjadi masalah terbesar buat pertahanan Kuala Selangor Batu apabila kelincahannya jelas terserlah.

Kuala Selangor Batu Dua FC membuka tirai jaringan pada minit ke-31 apabila Terence A/L Marieselvam yang menerima umpanan daripada Abdul Hakim dengan tenang menolak masuk bola menewaskan penjaga gol, Muhammad Izuddin.

Jaringan tersebut hanya bertahan empat minit selepas Muhammad Fakhrurazi Musa menyempurnakan peluang dengan percubaan ‘placing’ dalam kawasan penalti bagi kembali menyamakan kedudukan.

S. Agilan muncul wira buat Kuala Selangor Batu Dua FC menerusi jaringan dilakukannya pada minit ke-53 yang menghadiahkan kemenangan sekaligus membawa kelab tersebut ke suku akhir.