Kelayakan Piala Dunia: Vietnam Guna 30 Kamera Pantau Keselamatan Di Stadium

Vietnam jelas enggan mengambil mudah isu keselamatan – terutama membabitkan penyokong – menjelang pertemuan menentang Malaysia dalam saingan Kumpulan G pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Berdasarkan laporan dari Utusan Malaysia, pihak pengurusan Stadium Nasional My Dinh akan menggunakan 30 kamera yang telah dipasang di stadium tersebut untuk memastikan perlawanan berlangsung dengan selamat dan lancar.

Semua kamera keselamatan tersebut – yang telah dipasang sejak 2017 – akan diletakkan di Tingkat A dan B stadium, bertujuan untuk mengesan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Menurut satu kenyataan yang dipetik dari laman sesawang Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), pengawasan menggunakan kamera keselamatan adalah antara langkah proaktif dalam membantu pasukan keselamatan mengawal keadaan semasa perlawanan.

“Antara yang dalam pemerhatian serius adalah tindakan membakar mercun dan suar, malah tindak tanduk setiap pengunjung stadium juga diperhatikan,” ujar kenyataan tersebut.

Selain daripada penggunaan kamera keselamatan, pihak berkuasa juga dijanka akan melakukan pemeriksaan ketat terhadap penyokong yang akan memasuki dan keluar dari stadium sebelum, ketika dan juga selepas perlawanan.

Langkah ini adalah demi memastikan hanya penyokong yang memiliki tiket sah sahaja untuk memasuki stadium. Penyokong juga dilarang untuk membawa sebarang bentuk objek keras, senjata, mercun dan suar.

Menurut kenyataan itu lagi, pintu masuk stadium akan dibuka seawal 4 petang (waktu tempatan) dan juga 15 minit sebelum perlawanan berakhir untuk membenarkan penyokong beredar.

Langkah ini adalah untuk mengelakkan kesesakan dari berlaku sebelum dan selepas perlawanan.

Bagi memastikan keselamatan dan mengelak kesesakan, pintu masuk stadium akan dibuka seawal pukul 4 petang dan 15 minit sebelum perlawanan berakhir.

Vietnam (kedudukan ke-97 dunia) akan berhadapan dengan Malaysia (kedudukan ke-159 dunia) pada malam esok.

Vietnam setakat ini hanya beraksi satu perlawanan di kempen kelayakan kali ini, ketika mengikat Thailand tanpa jaringan pada September lalu, manakala pasukan negara mengumpul tiga mata selepas menewaskan Indonesia 3-2 sebelum tewas 2-1 kepada UAE pada perlawanan kedua.

Penyokong pasukan negara yang berkunjung ke Hanoi untuk menyaksikan perlawanan ini dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Vietnam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN