Kelayakan Piala Dunia: Pemain Heerenveen Doan Van Hau Tiba Lewat di Pusat Latihan Vietnam

Pasukan Vietnam menerima suntikan semangat baru apabila pemain bek kiri mereka, Doan Van Hau yang menyertai kelab Belanda, Heerenven secara pinjaman tempoh hari telah tiba di Hanoi untuk menjalani latihan.

Vietnam kini dalam persediaan untuk menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 menentang Malaysia pada Khamis ini di Stadium MyDinh, Hanoi.

Doan Van Hau sebelum ini dilaporkan akan tiba di Vietnam pada 7 Oktober. Selepas berlepas dari Netherland ke Russia, beliau terlepas penerbangan seterusnya dari Russia ke Hanoi.

Akibat kejadian itu, beliau terpaksa bermalam di lapangan terbang dan menunggu penerbangan seterusnya sehari kemudian.

“Sangat rugi saya terlepas satu hari sesi latihan bersama pasukan kerana isu jadual penerbangan tersebut. Tetapi saya sentiasa bersedia untuk beraksi jika jurulatih [Park Hang-Seo] beri kepercayaan kepada saya.

“Dua hari [latihan] sudah cukup untuk saya mencapai tahap terbaik untuk beraksi bersama rakan sepasukan yang lain.” kata Van Hau kepada pemberita Vietnam News.

Pemain berusia 20 tahun itu memainkan peranan penting di bahagian pertahanan Vietnam yang mana cuma melepaskan satu gol sahaja dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Doan Van Hau setakat ini masih belum membuat sebarang penampilan dalam liga utama Belanda, Eredivisie. Tetapi beliau telah beberapa kali disenaraikan sebagai pemain simpanan dan setakat ini cuma bermain satu perlawanan selama 68 minit dalam liga simpanan.

Berdasarkan peringatan Tan Cheng Hoe agar pemain Malaysia berwaspada dengan corak serangan pantas Vietnam, Van Hau merupakan pemain yang perlu diberi perhatian kerana kemampuannya membantu serangan dari bahagian sayap.

Pasukan Malaysia setakat ini gagal menewaskan Vietnam dalam tiga perlawnan terakhir di antara kedua-dua negara dan diharapkan rekod tersebut dapat dileburkan pada Khamis ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN