Kelayakan Piala Dunia: Pastikan Tidak Bolos!

Aidil Zafuan Malaysia AFF 2018

“Pastikan tidak bolos!” Itu permintaan pertahanan berpengalaman skuad negara, Aidil Zafuan Abd Razak untuk barisan rakannya di benteng menjelang aksi ketiga Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam pada Khamis ini.

Skuad negara memiliki rekod kurang baik di benteng pertahanan tahun ini apabila kerap melepaskan gol dengan sembilan gol telah dibolosi daripada sembilan perlawanan. Hanya dua perlawanan Malaysia gagal dibolosi lawan – menentang Nepal dan Sri Lanka.

Ini merupakan kali pertama Aidil Zafuan kembali ke kem skuad Harimau Malaya selepas kali terakhir bersama pada Disember tahun lalu, dalam Kejohanan AFF Suzuki 2018 dan perlawanan terakhirnya bersama skuad negara adalah menentang Vietnam.

Setelah kembali, pertahanan berusia 32 tahun itu telah membantu Malaysia meraih kemenangan bergaya, enam gol tanpa balas dalam aksi pemanas badan menentang Sri Lanka pada Sabtu.

Beliau beraksi untuk tempoh hampir 71 minit sebelum posisinya diambil alih oleh pertahanan muda yang juga rakan sekelab dan ketika ini beraksi secara pinjaman di Liga Thailand, Dominic Tan.

Menurut Aidil Zafuan yang dipetik berkata kepada The New Straits Times, Sri Lanka dan Vietnam adalah dua pasukan yang berbeza dan menuntut komitmen rakan-rakan bagi mengelak kekalahan.

“Kita tidak boleh terlalu selesa dengan keputusan ke atas Sri Lanka. Kita jangan anggap, ianya akan sama untuk perlawanan seterusnya [menentang Vietnam],” ujarnya yang merupakan antara tonggak ketika meraih gelaran naib juara Kejohanan AFF Suzuki 2018.

“Tetapi kemenangan pada malam ini [Sabtu] adalah baik bagi [meningkatkan] keyakinan dan momentum untuk kempen kelayakan Piala Dunia nanti. Sasaran kami untuk [perlawanan] menentang Vietnam adalah untuk mengelakkan kekalahan.

“Ia tidak mudah beraksi di laman lawan,” tambahnya lagi.

Selain itu, Aidil Zafuan juga menuntut rakan terutamanya di jentera serangan untuk meledak gol awal dan memuji penampilan dan prestasi mereka di perlawanan menentang Sri Lanka tempohari.

“Saya dapat lihat perubahan kepada jentera serangan kita. Kita pantas dan dalam pada masa yang sama berkeyakinan malah tenang dalam membuat keputusan,” jelasnya lagi.

“Menentang Vietnam, kita perlu menjaringkan gol awal,” tuntut Aidil Zafuan kepada barisan serangan skuad negara.

Tan Cheng Ho dijangkakan tidak akan merombak benteng dan akan menggandingkannya bersama-sama Shahrul Saad, Matthew Davies dan Corbin Ong di barisan pertahanan skuad kebangsaan.

Kredit Featured Image: Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN