Kelayakan Piala Dunia: Muhammad Ridho Mahu Tebus Kekalahan Kepada Malaysia

muhammad-ridho-madura-united-indonesiajpg

Penjaga gol Indonesia, Muhammad Ridho berharap akan dapat menewaskan penjaga gol utama yang juga kapten, Andritany Ardhiyasa dan Teja Paku Alam untuk posisi nombor satu itu.

Ketika Indonesia tumbang pada Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Andritany Ardhiyasa dipersalahkan kerana melepaskan tiga gol bagi membolehkan Harimau Malaya menewaskan Garuda 3-2 dalam aksi pertama kelayakan Kumpulan G, September lalu.

Malaysia menang hasil dua jaringan Mohamadou Sumareh dan Syafiq Ahmad memadamkan dua jaringan Beto Goncalves, yang digugurkan daripada skuad Indonesia untuk aksi kali ini.

Paling diingati pastinya saat Andritany Ardhiyasa gagal membaca hantaran bek kanan, Matthew Davies yang akhirnya disudahkan dengan gol kemenangan pada penghujung perlawanan.

Muhammad Ridho menjanjikan aksi terbaik untuk menumbangkan Malaysia di gelanggang lawan jika diberikan kepercayaan untuk menjadi benteng akhir dan semuanya dilakukan demi negara.

“Saya tidak terlibat ketika kita tewas kepada Malaysia. Disebabkan itu, saya mahu aksi menentang Malaysia selepas ini akan lebih baik dan saya berharap akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.

“Saya tidak melihat ini sebagai satu persaingan dengan sesiapa [Andritany Ardhiyasa dan Teja Paku Alam]. Ini demi negara. Saya mahu berikan yang terbaik,” ujar Muhammad Ridho kepada Goal.

Untuk kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Muhammad Ridho sudah beraksi sekali bersama pasukan iaitu ketika tewas 1-3 kepada Vietnam pada bulan lalu, sehingga menyaksikan pengendali, Simon McMenemy akhirnya dipecat oleh PSSI.

Sang Garuda ketika ini berada di dasar Kumpulan G setelah tewas semua empat perlawanan dan dengan dua calon pengendali baharu akan hadir ke Bukit Jalil, Indonesia dijangka akan cuba mempamerkan persembahan terbaik mereka. Tambahan pula, aksi Selasa depan ini adalah derbi paling panas di Asia Tenggara.

Muhammad Ridho merupakan penjaga gol utama skuad Madura United di Liga Indonesia (Liga 1) yang ketika ini menduduki posisi ketiga, berkongsi mata bersama Persipura Jayapura di kedudukan kedua liga. Madura United sebelum ini dikenali dengan nama Pelita Jaya adalah kelab kepada Safee Sali untuk menyumbang bakti.

Kredit Featured Image: Abi Yazid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN