Sukan SEA: Ong Kim Swee Gugurkan 5 Pemain Daripada Senarai Awal

Pengedali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee telah mengugurkan lima pemain dari senarai awal 29 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat ke Sukan SEA Filipina sejak 4 November yang lalu.

Lima pemain yang digugurkan itu adalah Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC), Amirul Ashraf Ariffin (Selangor), A Shivan Pillay (PKNS FC), Nik Azli Nik Alias (Kelantan) dan Haziq Subri (Perak).

Keputusan mengugurkan lima pemain tersebut dilakukan selepas aksi perlawanan persabahatan pasukan negara menentang PJ City FC di Stadium Arena MPSJ, Subang Jaya semalam.

Menurut kenyataan tersebut, 24 pemain yang dikekalkan akan disertai oleh pemain-pemain lain berusia bawah 22 tahun yang masih bersama pasukans senior kebangsaan pada 20 November hadapan.

Kim Swee dijangka akan mengumumkan senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2019 pada 22 November ini, sehari sebelum mereka berlepas ke Manila.

Dalam perlawanan persahabatan menentang PJ City FC semalam, pasukan negara mencatatkan kemenangan memberangsangkan apabila menang 4-0.

Gol-gol pasukan Malaysia B-22 dijaringkan oleh Nik Akif, Jafri Chew, dan dua lagi gol dijaringkan oleh penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsuddin.

Bagi pemain lebih umur, Kim Swee setakat ini telah memanggil Irfan Zakaria untuk bersama dengan pasukan. Pemain kedua yang akan menyertai skuad B-22 belum lagi diumumkan oleh beliau.

Leave a Reply