Kelayakan Piala Dunia 2026: Malaysia Masih Miliki Peluang Walau Sangat Sukar

Malaysia dilihat masih lagi memiliki peluang untuk cuba mengintai peluang mara ke pusingan ketiga bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 walaupun masih segar dengan dua siri kekalahan berturut-turut.

Keyakinan itu dilontarkan sendiri oleh pemain tengah berpengaruh Harimau Malaya iaitu Paulo Josue yang melihat skuad kebangsaan sebenarnya masih memiliki peluang terbuka untuk mara ke pusingan seterusnya.

Terdahulu, Malaysia melakar kekalahan sebanyak dua kali bagi peringkat Kumpulan D di tangan Oman dengan menyaksikan peluang skuad kendalian Kim Pan-gon untuk mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas tidak kesampaian.

Dua kekalahan itu menyaksikan Malaysia tidak terlepas daripada menerima kritikan keras daripada para penyokong Harimau Malaya di media sosial selepas mereka kurang senang melihat kualiti permainan ditampilkan oleh Harimau Malaya.

Apatah lagi ia membabitkan aksi terbaharu Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas kekalahan 0-2 dicatat mereka bersama aksi cukup tidak menyakinkan.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia kekal di tangga ketiga kumpulan dengan mereka kini tidak boleh keciciran sebarang mata lagi pada baki dua perlawanan akan datang.

Menurut Josue, beliau kini enggan mencipta sebarang alasan untuk menutup kekalahan lalu mereka di tangan Oman sebanyak dua kali dalam saingan itu.

Sebaliknya, pemain kelahiran Brazil itu mahu kekal fokus untuk kembali mencipta kebangkitan pada aksi seterusnya bagi mencerahkan peluang ke pusingan seterusnya.

Walaupun bakal menghadapi laluan sukar, Josue meluahkan rasa keyakinan beliau Malaysia masih memiliki peluang untuk cuba mendapatkan slot automatik ke saingan Piala Asia 2027.

“Sudah tentu kami kecewa dengan kekalahan ini, namun semuanya belum berakhir. Kami masih ada peluang dalam dua perlawanan selepas ini menentang Kyrgyzstan di tempat lawan dan Taiwan di Bukit Jalil.

“Ini bukan masa untuk mencari alasan, tetapi jika kita tiada perlawanan dan kurang kecergasan, ia menjadi perkara yang sukar kepada pasukan.

“Namun, ini saja yang kami ada sekarang, kembali ke dalam liga, kembali berlatih bersama kelab dan cuba bangkit semula dengan segera,” katanya menerusi laporan dikeluarkan Berita Harian.

Secara keseluruhan, Malaysia masih mempunyai banyak kelemahan perlu diperbaiki terutama daripada segi aspek individu pemain daripada membuat kesalahan tidak sepatutnya.

Pasti ini menjadi salah satu kerja tambahan perlu dibuat Kim Pan-gon untuk menaikkan kembali moral serta mutu permainan skuad kebangsaan menjadi lebih baik di pentas antarabangsa.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN