Thailand merekodkan kemenangan pertama di kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan menewaskan Indonesia 3-0 di Stadium Gelora Bung Karno pada malam tadi.
Skuad Gajah Perang itu sebelum ini sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Vietnam pada minggu lalu.
Indonesia pula tewas dua perlawanan pertama dalam saingan Kumpulan G ini, dan telah dibolosi enam gol setelah turut tewas 3-2 kepada Malaysia di venue yang sama pada minggu lalu.
Thailand mengawal perlawanan sejak dari awal, tatkala – seperti menenang Malaysia – lebih selesa memilih untuk masa yang sesuai melakukan serangan balas.
Chanatip Songkrasin dan Ekanit Panya adalah senjata utama Thailand untuk melakukan ancaman dari bahagian sayap – namun hantaran lintang kedua-dua pemain tersebut sering kali gagal menemui sasaran.
#ChangsuekLive ภาพบรรยากาศการเเข่งขันในครึ่งเวลาหลัง จากสนามเกโลรา บุงการ์โน (เสนายัน)
INDONESIA ?? 0 – 3 ?? THAILAND #ช้างศึก #เชียร์ไทยใจเดียวกัน #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #นักฟุตบอลทีมชาติไทย #Thailand #RiseBackUp #THAIDN #Indonesia #IDN #ผลบอล #สุภโชค #ธีราทร pic.twitter.com/vUpPTXbI84
— Changsuek (@Changsuek_TH) September 10, 2019
Peluang pertama Thailand hadir pada minit ke-13 perlawanan, selepas hantaran lambung Supachok Sarachat memerangkap pertahanan Indonesia, namun percubaan volu Panya selpas itu sekadar mengegarkan bahagian sisi jaring lawan.
Indonesia turut memiliki peluang mereka sendiri pada babak pertama perlawanan selepas Irfan Bachdim menyambung sepakan penjuru oleh Andik Vermansyah, namun gagal disudahkan oleh Hansamu Yuma Pranata.
Babak pertama perlawanan berkesudahan tanpa sebarang jaringan.
Bersambung babak kedua, Sang Garuda terlebih dahulu menghadirkan ancaman melalui sepakan percuma Bachdim yang hanya sedikit tersasar pada minit ke-51 perlawanan.
Tersentak dengan percubaan tersebut, Thailand kembali bangkit menyusun gerakan dan akhirnya memecah kebuntuan melalui Sarachat yang mempergunakan ruang di sebelah kiri untuk rembatan deras dari luar kotak penalti yang menerjah jaring pada minit ke-51..
Skuad kendalian Simon McMenemy terus dirundung malang apabila lapan minit kemudian, Andritany Ardhiyasa dipersalahkan kerana menjatuhkan Sarachat untuk Thailand diberikan sepakan penalti.
Hasil yang tak memuaskan pada perjalanan Kualifikasi Piala Dunia kita. Banyak tugas yang harus kita bawa pulang untuk segera kita perbaiki.#PSSINow #KitaGaruda pic.twitter.com/Vgj2XTh0ML
— PSSI (@PSSI) September 10, 2019
Bunmathan tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk Thailand 2-0 di hadapan.
Miniy ke-72 gandingan Bunmathan dan Sarachat yang saling bertukar hantaran menyaksikan Sarachat mudah menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-72.
Indonesia cuba untuk melawan selepas itu, namun Garuda jelas sekali sudah seperti berjaya dibidik Sang Gajah Perang.
Ini bermakna Indonesia perlu mendapatkan keputusan menentang Emiriah Aran Bersatu (UAE) di Abu Dhabi selepas ini, dalam menghidupkan kembali peluang mereka untuk mara ke peringkat seterusnya.