Pemain penyerang negara, Safawi Rasid kelihatan seperti mengalami kecederaan selepas tamat perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada malam tadi.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, pasukan negara tewas 2-1 kepada UAE, walaupun terlebih dahulu mendahului melalui jaringan Syafiq Ahmad seawal minit pertama lagi.
Walaupun beraksi sehingag ke wisel penamat, Safawi Rasid dipercayai mengalami kecederaan ketika perlawanan tersebut. Beliau berkemungkinan tidak dikeluarkan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe selepas sebelum itu pasukan negara sudah pun memasukkan tiga pemain – J. Parthiban, Syamer Kutty, dan Akhyar Rashid untuk menggantikan Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha dan Syafiq Ahmad.
Selepas perlawanan Malaysia menentang UAE, Safawi Rasid dilihat mengalami kecederaan.#VocketFC #Malaysia #HarimauMalaya #UAE pic.twitter.com/FmhaXcpOZ3
— VOCKET FC (@vocketfc) September 10, 2019
Melalui perkongsian oleh Vocket FC, di laman Twitter mereka, kelihatan Safawi Rasid terpaksa ditolak menggunakan kerusi beroda oleh Farizal Marlias ketika para pemain mulai meninggalkan Stadium Nasional Bukit Jalil selepas tamat perlawanan.
Satu lagi tangkap layar dipercayai dari aplikas Whats App yang dikongsikan oleh salah seorang penyokong pula menjelaskan pemain tersebut mengalami kecederaan betis.
Calf. Dia boleh main next game. InshaAllah! pic.twitter.com/ESVF3jzBwa
— HermyR (@HermyRahim) September 10, 2019
Namun menurut Safawi, kecederaan tersebut tidaklah teruk seperti yang dilihat.
Buat Safawi Rasid, kami doakan agar segera pulih untuk perlawanan seterusnya untuk kelab dan negara.