Kelayakan Piala Dunia 2022: AFC Tunggu Pengesahan Timor Leste Tunda Tarikh Perlawanan

Minggu lalu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memohon untuk meminda tarikh perlawanan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Timor Leste yang dijadualkan berlangsung pada 6 Jun ini iaitu pada Hari Raya kedua kepada 7 Jun.

Bagaimanapun, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) masih menunggu persetujuan daripada Persatuan Bolasepak Timor Leste (FFTL)  sebelum keputusan rasmi diumumkan pada minggu depan.

“Apabila FAM menghantar permohonan untuk meminda tarikh, kami perlu menyemaknya dengan pihak Timor Leste. Jika kedua-dua negara bersetuju, kami boleh mempertimbangkan tarikh baru itu.

“Kebiasaannya, ia tidak akan menjadi masalah apabila kedua-dua pasukan bersetuju,” kata Setiausaha AFC, Datul Windsor Paul John dalam Stadium Astro.

Malah, venue perlawanan kedua juga masih belum dapat disahkan selepas Stadium Perbandaran Dili, Timor Leste tidak menepati piawanan untuk menganjurkan perlawanan antarabangsa. Difahamkan pihak Timor Leste memilih untuk meneruskan aksi kedua mereka di Kuala Lumpur.

“Kami ada mendengar tentang Timor Leste sedang melakukan persiapan untuk mengadakan perlawanan di Kuala Lumpur, namun kami masih tidak menerima apa-apa hitam-putih.

“Jadi, amat sukar untuk mengesahkan apa-apa buat masa ini,” tambahnya.

Skuad Harimau Malaya akan berkorban cuti raya bagi menghadapi perlawanan penting pada bulan Jun ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan pihaknya memohon kepada AFC untuk meminda tarikh perlawanan dan sedang menunggu pengesahan daripada wakil Timor Leste.

“Mereka perlu memaklumkan AFC terlebih dahulu di mana mereka akan beraksi di sini bagi aksi kedua ‘play-off’ dan selepas kami menerima surat itu, kami akan menghantar surat ke AFC untuk penukaran tarikh.

“Permohonan itu membabitkan pindaan tarikh aksi pertama daripada 6 Jun kepada 7 Jun dan mungkin kita akan ketahui maklumat rasmi mengenai perkara ini pertengahan minggu hadapan.

“Ini proses yang perlu dilalui memandangkan FAM tidak boleh mengeluarkan surat untuk Timor Leste. Ini kerana persetujuan adalah daripada Timor Leste dan bukannya FAM,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN