Pemotongan Geran Tahunan Dikurangkan Sebanyak 5 hingga 10 Peratus

Badan pentadbir Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) semalam mengumumkan keputusan rayuan tujuh pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan geran tahunan sebanyak 50 peratus dan sekatan perpindahan susulan kegagalan melengkapkan pendaftaran pasukan pada bulan Disember lepas.

Pasukan berkenaan adalah wakil dari Liga Super iaitu Kuala Lumpur, Felda United FC dan Melaka manakala Kelantan, PDRM, Sarawak dan Pulau Pinang yang beraksi dalam saingan Liga Premier.

Menurut kenyataan rasmi daripada MFL, pemotongan geran ke atas pasukan Kuala Lumpur, Felda United FC, PDRM dan Pulau Pinang dikurangkan sebanyak 5 peratus daripada jumlah geran bagi musim 2019 manakala Melaka, Sarawak dan Kelantan dikurangkan sebanyak 10 peratus.

Keputusan pengurangan 5 peratus itu dibuat menerusi penilaian Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas pasukan-pasukan terbabit menyerahkan bukti pembayaran hutang, pelan pembayaran hutang tertunggak, pelan kewangan perbelanjaan dan pendapatan terperinci pada musim 2019.

Manakala denda pemotongan jumlah geran ke atas Melaka, Sarawak dan Kelantan pula dikurangkan sebanyak 10 peratus. Ini kerana pasukan-pasukan terbabit masih belum melengkapkan surat pengesahan daripada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Pemotongan denda jumlah geran kali ini lebih rendah berbanding musim lalu dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL disebabkan faktor peralihan pucuk kepimpinan pengurusan yang mahu melakukan penstrukturan semula pasukan.

“Bagaimanapun jika pasukan-pasukan terbabit masih mengulangi kesalahan yang sama pada musim depan, Ahli Lembaga Pengarah MFL akan mengenakan denda lebih tegas seperti hukuman yang dikenakan terhadap 10 pasukan pada tahun 2018,” kata kenyataan itu.

Sekatan perpindahan terhadap Kelantan dan Sarawak kekal

MFL turut menjelaskan denda sekatan perpindahan bagi jendela perpindahan kedua musim 2019 bermula semalam sehingga 29 Mei depan terhadap Sarawak dan Kelantan dikekalkan di mana kedua-dua pasukan terbabit mengulangi kesalahan kali kedua berturut-turut.

Bagaimanapun Ahli Lembaga Pengarah MFL menerima rayuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan PDRM yang sebelum ini turut dikenakan denda sekatan perpindahan pemain selepas pasukan terbabit telah menyelesaikan sebahagian tunggakan hutang serta menyediakan pelan pembayaran tunggakan hutang.

“Tiga pasukan ini juga tidak dikenakan hukuman pemotongan tiga mata selepas mereka telah mengemukakan dokumen yang menunjukkan kestabilan kewangan, jumlah pendapatan pasukan bagi musim 2019, bukti serta dokumen jumlah tunggakan hutang yang telah diselesaikan.

“Manakala denda pemotongan sebanyak tiga mata akan diaktifkan ke atas Melaka, Sarawak dan Kelantan sekiranya dokumen-dokumen tertentu masih tidak diserahkan sebelum atau pada 22 Mei depan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN