Skuad kebangsaan bawah 19 (B-19) berjaya mencatat kemenangan sulung mereka akhirnya dalam aksi kelayakan Piala Asia bagi Kumpulan E setelah menewaskan Sri Lanka menerusi keputusan penuh 3-0.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia, Malaysia jelas tampil dengan aksi yang sangat menyakinkan untuk membenam cabaran lawan sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua kumpulan.
Keputusan Masa Penuh
Kelayakan Piala Asia B-20 2023 | Jumaat, 16 September 2022
SRI LANKA 🇱🇰 0-3 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Aliff Izwan Yuslan 30' 90'+5 Adam Farhan Faizal 70'
Kredit Foto: @theafcdotcom#FAM #HarimauMalaya #AFCU20 pic.twitter.com/zoHecC7pjs
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 16, 2022
Dua gol daripada Aliff Izwan dan satu jaringan tunggal menerusi Adam Farhan jelas memberi motivasi yang tinggi buat rakan sepasukan lain untuk tampil cemerlang sehingga ke wisel penamat perlawanan.
Untuk rekod semasa, Malaysia kini ketinggalan dua mata sahaja di belakang Korea Selatan yang berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut setelah pasukan tersebut membenam cabaran Mongolia.
Berikut merupakan faktor mengapa skuad kendalian Hassan Sazali Waras berjaya menewaskan lawan, Sri Lanka untuk memperoleh tiga mata penting buat negara.
Penguasaan permainan
Malaysia jelas menguasai permainan sejak wisel separuh masa pertama dibunyikan dengan cengkaman penuh di bahagian tengah.
Berbanding perlawanan lalu, kali ini Malaysia lebih bersedia serta tidak banyak kesilapan-kesilapan dibuat untuk terus mengawal bola dengan baik serta mempunyai visi ketika membuat hantaran.
Peratus penguasaan permainan pada separuh masa pertama juga menyaksikan Malaysia menguasai 75% perlawanan dan mereka juga enggan membenarkan Sri Lanka untuk mengawal bola dengan lebih lama.
Kreatif merangkai serangan
Sesuatu yang positif pada perlawanan ini sudah tentu terarah kepada barisan serangan negara yang dilihat sangat kreatif membuka ruang dan mencipta hantaran.
Malaysia dilihat tidak lagi sekadar bergantung kepada pergerakan individu untuk menjana serangan, untuk mencari gol perlawanan.
Carta Kedudukan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia B-20 2023
* Selepas Hari Perlawanan 2 pada Jumaat, 16 Sept 2022
MONGOLIA 🇲🇳 0-7 🇰🇷 REP KOREA
SRI LANKA 🇱🇰 0-3 🇲🇾 MALAYSIA▶️ Malaysia seterusnya akan bertemu Republik Korea pada Ahad, 18 Sept 2022#FAM #HarimauMalaya #AFCU20 pic.twitter.com/4j1BhPg2Nl
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 16, 2022
Lebih menarik, beberapa kombinasi pergerakan yang dicipta barisan serangan negara dilihat sangat berkualiti dan mereka berjaya memberi tekanan secara menyeluruh buat pertahanan lawan sepanjang 90 minit aksi.
Sebaliknya lawan pula, mereka terlalu bergantung harap kepada situasi serangan balas dan tidak banyak hantaran-hantaran berbahaya dapat dicipta ketika situasi menyerang.
Lawan terlalu pasif
Apa yang boleh dikesan pada perlawanan ini apabila Sri Lanka dilihat terlalu pasif dan tidak berminat untuk cuba menjana serangan atau menekan Malaysia di segenap arah.
Mereka lebih banyak berkampung di kawasan sendiri untuk menyerap asakan skuad negara serta sukar untuk mengawal bola dengan lebih lama bagi mencipta sesuatu.
Lebih mengecewakan, pasukan tersebut seolah tidak mempunyai pelan yang kukuh untuk menghadapi perlawanan tersebut serta lebih bergantung harap kepada kesilapan yang dibuat oleh barisan pemain negara untuk memburu gol.