ANALISIS: Intensiti Tinggi Barcelona Yang Hampir ‘Lemaskan’ Bayern Munich

Bayern Munich

Bayern Munich meneruskan kempen UEFA Champions Leageu (UCL) mereka dengan momentum kemenangan setelah menumpaskan Barcelona dengan jaringan 2-0 di Allianz Arena awal pagi Rabu.

Meskipun tewas, pengurus Barcelona, Xavi Hernandez menyatakan pasukannya lebih baik dalam perlawanan ini, dan kenyataan ini adalah refleksi daripada permainan berintensiti tinggi yang dipamerkan oleh skuad beliau, terutamanya ketika babak pertama perlawanan.

Dalam atikel analisis kali ini, saya akan menjelaskan bagaimana pendekatan permainan berintensiti ini membantu Barcelona untuk memecahkan blok pertahanan lawan, sekali gus mencipta beberapa peluang keemasan untuk menajringkan gol, terutamanya menerusi penyerang berbisa mereka, Robert Lewandoswki.

Kesebelasan Utama Bayern Munich 

Bayern memulakan perlawanan dengan formasi 4-2-3-1, dengan Manuel Neuer mengekalkan posisi beliau selaku penjaga gol utama, sambil dibantu oleh bek berempat mereka menerusi gandingan Lucas Hernandez-Dayot Upamecano yang bermain di posisi ‘centre backs’, serta disokong oleh Alphonso Davies dan Benjamin Pavard yang masing-masing bermula di posisi ‘fullbacks’ kiri dan kanan pasukan.

‘Double pivot’ pasukan ditunjangi gandingan Joshua Kimmich-Marcel Sabitzer bagi menyokong empat pemain mereka yang menerajui jentera serangan pasukan, iaitu Jamal Musiala, Thomas Muller, Leroy Sane serta Sadio Mane.

Kesebelasan Utama Barcelona 

Bagi pasukan Catalans pula, mereka memulakan permainan dengan sistem 4-3-3. Marc Andre Ter-Stegen bermula di posisi penjaga gol pasukan, sementara posisi ‘centre-backs’ pasukan dikemudi oleh gandingan Andreas Christensen-Ronald Arauj0.

Marcos Alonso dan Jules Kounde pula masing-masing bermula di posisi ‘fullbacks’ kiri dan kanan pasukan. Trio ‘midfielders’ pasukan ditunjangi oleh gandingan Sergio Busquets-Pedri-Gavi bagi menyokong rangkaian serangan pasukan yang diketuai oleh gandingan Ousmane Dembele-Robert Lewandowski-Raphinha.

Intensiti tinggi Barcelona menerusi ‘High Pressing’

Barcelona jelas mahu mendominasi perlawanan ini menerusi permainan berintensiti tinggi, dan ianya dilakukan menerusi ‘high pressing’ ke atas pemain lawan semenjak minit awal permainan.

Tekanan tinggi yang dilakukan ini kerap kali mengagalkan percubaan pemain Bayern untuk menyusun gerakan serangan mereka dengan teratur, sekali gus membantu Barcelona untuk memenangi kembali penguasaan bola, serta melakukan transisi serangan yang pantas bagi menghukum lawan .

Gambar di atas menunjukkan organisasi ‘high pressing’ secara ‘man-oriented approach’ daripada pemain-pemain Barcelona setiap kali Bayern cuba membina gerakan serangan menerusi penjaga gol mereka.

Ketiadaan opsyen hantaran-hantaran dekat yang telahpun ditutup oleh pemain-pemain Barcelona kerap kali memaksa Bayern bermain secara lebih ‘direct’ menerusi hantaran-hantaran panjang daripada penjaga gol mereka.

Pemain-pemain Barcelona mempamerkan ‘urgency’ yang baik bagi memenangi sebarang cabaran bola di udara serta bola kedua bagi memenangi semula penguasaan bola.

Organisasi ‘high pressing’ yang dilakukan oleh Barcelona secara berdisiplin kerap menggagalkan gerakan serangan pasukan lawan, sekaligus membantu mereka untuk memenangi semula penguasaan bola.

Intensiti Barcelona menerusi Transisi Permainan

Dalam perlawanan ini, Bayern menghadapi masalah dalam aspek ‘cohesion’ dimana mereka bergelut untuk mengekalkan ‘shape’ pasukan bagi meneutralkan sebarang ancaman gerakan serangan balas pihak lawan.

Ianya berlaku disebabkan faktor ‘positioning’ pemain, struktur ‘rest defense’ yang tidak kukuh, serta kesukaran pemain-pemain Bayern untuk melakukan ‘shifting’ setiap kali Barcelona mengalirkan pergerakan bola dengan pantas.

Isu ini pantas dihidu Barcelona, dan mereka berjaya mengeksploitasi perkara ini sehingga mencipta beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Menerusi gambar di atas, Gavi bijak membuat jangkaan terhadap trajektori arah bola yang dilakukan pemain Bayern, sekaligus membantu dirinya memintas bola tersebut.

Kejayaan Gavi memintas bola tersebut meletakkan Barcelona dalam fasa Transisi Serangan.

Struktur ‘rest defense’ Bayern yang tidak kukuh memberikan bukaan ruang untuk diesksploitasi oleh Barcelona.

Gerakan serangan balas Barcelona yang pantas ini membolehkan mereka mempunyai ‘positional superiority’ ke atas Bayern.

‘Spatial Awaresness’ yang tinggi membolehkan Lewandowski membuat lorongan bola kepada Raphinha yang melakukan larian bagi menyerang ruang yang sedang terbuka.

Pertahanan Bayern melakukan sentuhan penting bagi menghentikan gerakan serangan balas Barcelona menerusi Raphinha.

Namun, intensiti tinggi yang dipamerkan Barcelona turut membantu mereka dalam melakukan ‘counter pressing’ bagi menghentikan transisi permainan Bayern.

‘Counter pressing’ penuh intensiti ini membantu Barcelona untuk memenangi semula penguasaan bola, dan meletakkan mereka kembali ke fasa serangan.

Gerakan ini menghasilkan percubaan tepat ke arah pintu gol lawan menerusi Pedri, namun berjaya diselamatkan oleh Neuer.

Barcelona juga bijak memanipulasi ruang yang ditinggalkan di bahagian belakang oleh pemain pertahanan Bayern setiap kali mereka bermain di garisan yang tinggi.

Menerusi gambar di atas, Kimmich yang sebelum itu menyediakan sokongan kepada Pavard yang mara ke atas untuk mengambil lontaran ke dalam, segera memberi tekanan kepada pemain Barcelona bagi menghentikan transisi serangan mereka.

Kedudukan Kimmich yang telah keluar dari posisi asalnya telah memberikan peluang kepada Barcelona untuk melancarkan transisi serangan mereka dengan mensasarkan ruang yang telah ditinggalkan oleh pemain itu.

Dengan hanya satu hantaran sahaja, Barcelona telah melepasi lapan orang pemain Bayern yang bermain di garisan tinggi.

Barcelona mencipta situasi 4v4 ketika transis serangan, dan mereka memiliki positional superiority berbanding pemain lawan berikutan struktur rest defense Bayern yang tidak kukuh.

Dembele menggunakan kemahiran teknikal yang dimiliki beliau untuk menyerang ruang yang telah terbuka buat pasukannya.

Dembele pantas melepaskan hantaran kepada rakan sepasukan (Pedri) untuk mengeksploitasi bukaan ruang yang berlaku diantara dua pemain ‘centre backs’ Bayern.

Lewandowski juga pada waktu ini telah mengenalpasti ruang yang akan disasarkan olehnya.

Lewandowski menerima hantaran tepat daripada Pedri berikutan ruang yang terbuka sejurus ‘rotational movements’ dilakukan oleh dua pemain ‘centre backs’ Bayern ketika mereka cuba menghentikan serta melambatkan pergerakan Pedri sebelum hantaran tersebut berjaya dilakukan.

Intensiti Barcelona menerusi aliran bola pantas (Ball Circulations)

‘Fluidity’ yang dipamerkan pemain Barcelona kerap kali memecahkan kepadatan (compactness) blok pertahanan Bayern, dan ruang diantara garisan (space in between the lines) ini berjaya dimanipulasi oleh pemain seperti Pedri untuk menggerakkan serangan pasukan dengan lebih efektif.

Gambar di atas boleh memberi sedikit gambaran bagaimana aliran bola pantas dari Barcelona berjaya memecahkan kepadatan blok pertahanan Bayern.

Sewaktu hantaran bola dilakukan kepada Kounde, pemain-pemain Bayern akan melakukan ‘shifting’ mengikut arah pergerakan bola bagi mengimbangi garisan pertahanan mereka.

Ketika ‘shifting’ tersebut dilakukan oleh Bayern, terdapat bukaan ruang di antara pemain-pemain mereka, sekali gus memberikan peluang untuk Pedri menerima hantaran ketika beliau berada di ruang antara garisan.

Ketiadaan tekanan daripada pemain Bayern membolehkan Pedri melakukan pusingan badan, sekali gus memperoleh ruang dan masa untuk digunakannya dalam mengenalpasti hantaran susulan yang bakal dilakukan.

Pedri berjaya melorongkan bola kepada Lewandowski, namun bentesan kemas pertahanan Bayern sekali lagi mengecewakan mereka.

Ketumpulan penyudah serta kegagalan Barcelona untuk mengekalkan tempo intensiti di separuh masa kedua membuatkan mereka terpaksa menggigit jari dalam perlawanan ini, biar pun berjaya mencipta gerakan-gerakan serangan yang berbahaya serta rentetan peluang untuk menembusi gol lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN