Kelayakan Piala Asia B-17: Seri Bertemu Guam Bukan Ukuran Sebenar, Malaysia Ke Pusingan Akhir Selepas ‘Ganyang’ Indonesia 5-1

Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Skuad remaja negara memadam segala kritikan apabila mengesahkan tempat ke Piala Asia B-17 selepas mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas Indonesia dalam aksi kumpulan B pusingan kelayakan yang berlangsung pada Sabtu.

Aksi di Stadium Pakansari, Bogor itu berlangsung tanpa kehadiran penyokong dan mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada pasukan tuan rumah.

Corak aksi pantas dan tekanan tinggi dipamerkan oleh skuad kendalian Osmera Omaro sejak awal permainan ternyata membuahkan hasil apabila Zainurhakimi Zain membuka akaun jaringan pada minit ke-17.

Hanya tiga minit  kemudian, Arami Wafiy menggandakan kelebihan buat Malaysia dengan rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan Andrika Fathir.

Tiga minit seterusnya pada minit ke-23, giliran Anjasmirza Saharudin pula mencetak namanya selaku penjaring untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Kemudian, Malaysia hanya memerlukan tiga minit lagi untuk Afiq Danish terus melebarkan jaringan dengan gol keempat sebelum Arami Wafiy mencetak gol kedua peribadinya menerusi sepakan penalti pada minit ke-38.

Usaha Indonesia untuk mendapatkan gol saguhati akhirnya berhasil pada masa kecederaan selepas Arkhan Kaka Putra berjaya menolak bola muntah dan menjadikan kedudukan 5-1 sebelum pengadil meniupkan wisel penamat.

Kejayaan ini sekaligus menutup mulut pengkritik yang memperlekehkan kemampuan skuad Harimau Muda yang hanya mencatat keputusan seri 1-1 berdepan ‘pasukan belasahan’ Guam tempoh hari.

Malaysia layak secara automatik ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada Mei tahun depan selepas memimpin kumpulan B dengan mengumpul 10 mata, hanya satu mata mengatasi Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN