Kelayakan Euro 2020: England Tewas Jua Di Pusingan Kelayakan Selepas 10 Tahun

Dalam 10 tahun kebelakangan ini, tiada pasukan sebaik England dalam pusingan kelayakan. Mereka pemegang rekod 43 perlawanan kelayakan tanpa sebarang kekalahan.

Rekod itu akhirnya dipadamkan oleh Republik Czech yang menewaskan mereka 2-1 di Prague.

England mahu melayakkan diri ke Euro pada minggu ini. Hasrat itu tertangguh dahulu buat masa ini. Walaubagaimanapun, mereka masih boleh melakukannya pada perlawanan Isnin ini – jika mereka menang ke atas Bulgaria dan Kosovo gagal mencipta kemenangan ke atas Montenegro.

England kelihatan yakin pada permulaannya berhadapan dengan pasukan yang mereka belasah 5-0 pada perlawanan kelayakan pusingan pertama, di Wembley, Mac lalu.

England mendapat penalti awal selepas Raheem Sterling dijatuhkan oleh Lukas Masopust.

Kapten, Harry Kane menyempurnakan tugasnya dengan sebaik mungkin.

Namun selepas itu, segalanya serba tak kena untuk England. Republik Czech terus membalas gol itu, 4 minit kemudian. Gol tersebut adalah menerusi sepakan penjuru, yang disempurnakan oleh Jakub Brabec.

Trio serangan England yang dikemudi oleh Jadon Sancho, Raheem Sterling dan Harry Kane kemudiannya sukar mendapatkan servis di bahagian atas.

Mason Mount selayaknya mendapat debut kompetitif selepas aksi cemerlang pada musim ini. Namun begitu, beliau diberikan peranan terlalu ‘advance’ oleh Southgate dan membuatkan pemain itu sukar untuk memberikan impak terutama pada separuh masa pertama.

Di tengah Jordan Henderson dan Declan Rice turut gagal beraksi dengan lebih baik. Mereka gagal mendominasi bahagian tengah padang.

Pada separuh masa kedua, Harry Kane mendapat beberapa peluang gol, namun 2 percubaan beliau berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Republik Czech, Tomas Vaclik.

Di bahagian pertahanan gandingan Michael Keane dan Maguire jelas sekali tidak begitu bagus. Southgate sendiri mengakui – selepas tamat perlawanan – bahawa, banyak kerja yang mereka perlu lakukan.

England harus berterima kasih kepada Jordan Pickford yang banyak menafikan percubaan bahaya pasukan lawan. Antaranya percubaan daripada Vladimir Coufal, Masopust dan Alex Kral

Dengan perlawanan berbaki 4 minit lagi, pemain gantian Zdenek Ondrasek menghukum kealpaan pertahanan England dengan gol kemenangan pasukannya.

Tammy Abraham masuk pada minit ke-88 perlawanan. Ini mengesahkan status beliau sebagai pemain England, dan Nigeria tidak boleh lagi memanggil beliau.

Perlawanan berakhir 2-1 memihak pasukan tuan rumah.

England masih boleh mara ke Euro dalam perlawanan menentang Bulgari di Sofia pada Isnin.

Sebagai rekod, kali terakhir England tewas dalam perlawanan kelayakan adalah pada 10 Oktober 2009, ketika mereka tewas 1-0 di tangan Ukraine.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN