Jepun menewaskan Malaysia 4-0 dalam perlawanan kelayakan terakhir untuk Piala AFC B-16 yang akan dianjurkan di Indonesia.
Jepun yang sudah mengesahkan kemaraan mereka, sebelum perlawanan ini telah menjaringkan 31 gol dalam 2 perlawanan. Malaysia berjaya mara secara merit meskipun memiliki tiket kelayakan sebagai hos.
Jepun mendahului Malaysia pada minit ke-23 menerusi jaringan Yuji Yoshida. Keita Ueda menambah gol kedua Jepun pada minit ke-27.
Keita Nakano menambahkan gol ketiga pada awal separuh masa kedua dan Yusuke Aoki memastikan Jepun menang berhgaya 4-0.
Kekalahan ini pastinya menjadi pengalaman berharga untuk pemain-pemain Malaysia dan juga Lim Teong Kim dalam mempersiapkan diri untuk kejohanan yang akan dilangsungkan tahun hadapan.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan J, Singapura akhirnya menikmati kemenangan sulung dan juga kemenangan tunggal mereka dalam kempen kelayakan kali ini dengan membenam Guam 9-1.
Berikut adalah senarai penuh pasukan yang mara.
(2 slot lagi untuk pasukan terbaik di tempat ke-3)
Ini pula ‘pot’ untuk undian kejohanan ini nanti.
Apa komen anda tentang kempen kelayakan Malaysia kali ini dan prospek untuk Piala Asia B-16 musim hadapan.