Serie A: AC Milan Tewas Lagi, Inter Milan Terus Cemerlang!

Nasib berbeza dialami oleh 2 pasukan dari Milan yang berbelanja besar musim ini. Berikut adalah laporan perlawanan-perlawanan Serie A yang berlangsung Ahad.

AC Milan tewas dalam aksi tidak bermaya

Pemain Sampdoria, Duvan Zapatan berhadapan dengan sepupunya, Cristian Zapata di dalam perlawanan ini. Beliau menjaringkan gol pada minit ke-73.

AC Milan jelas tidak beraksi baik di dalam perlawanan ini. Sampdoria agak dominan menguasai perlawanan. Ricardo Alvarez yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan.

AC Milan bernasib baik kerana penalti yang dihadiahkan pengadil kepada Sampdoria ditarik balik selepas tinjauan semula menerusi VAR.

Ini adalah kekalahan kedua AC Milan dalam 6 perlawanan setakat ini. Membuatkan penyokong mereka mulai resah dengan pengurusan pasukan oleh Montella.

Ini selepas mereka berbelanja besar pada awal musim ini dengan membawa masuk ramai bintang ke dalam pasukan mereka.

Selepas ini AC Milan akan bertandang ke Rom untuk berhadapan dengan AS Roma.

Inter Milan cemerlang

Inter Milan menang dalam perlawanan sukar menentang Genoa. Ia boleh dianggap kemenangan yang kurang cantik oleh skuad Spalletti.

Namun mereka masih mampu untuk menang dalam perlawanan ini hasil jaringan Danilo D’Ambrosio pada minit akhir perlawanan.

Genoa beraksi dengan 9 pemain selepas 2 kad merah dilayangkan kepada pemain mereka iaitu Stephen Omeonga dan Adel Taraabt yang juga bekas pemain AC Milan. Taraabt dibuang padang kerana terjahan dengan 2 kaki.

Kemenangan ini meletakkan Inter Milan dalam landasan terbaik untuk bersaing kejuaraan.

Atalanta ikat Fiorentina

Atalanta berjaya menafikan 3 mata Fiorentina pada masa kecederaan. Atalanta yang berkunjung ke Stadium Artemio Franchi telah memberikan saingan menarik kepada Fiorentina.

Ianya dianggap antara perlawanan paling menarik minggu ini. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Ini selepas Chiesa menjaringkan gol seawal minit ke-12 untuk Fiorentina.

Penjaga gol Atalanta, Marco Sportiello berjaya meyelamatkan penalti oleh Alejandro Gomez.

Ketika Fiorentina berkira-kira untuk meraikan kemenangan ke-3 musim ini, Andreas Cornelius menjaringkan gol pada masa kecederaan.

Lain-lain

Keputusan lain menyaksikan, Lazio membenam Verona 0-3. Crotone menang 2-0 ke atas Benevento. Sassuolo tewas 0-1 kepada Bologna. Dan Chievo menewaskan Cagliari 2-0.

Ini adalah kedudukan semasa 10 teratas Serie A.

Apa pandangan anda tentang saingan Serie A setakat ini? Kami berpendapat ianya lebih rancak. Kongsikan juga pandangan anda tentang prestasi semasa pasukan seperti AC Milan. Apa yang mereka perlu perbaiki.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN