Kelayakan ACL 2019: Peluang Perak Untuk Cipta Sejarah Baharu

Bukan selalu pasukan dari Liga Malaysia mendapat peluang beraksi di pentas tertinggi di Asia dan hari ini skuad The Bos Gaurus tekad lakar sejarah baharu apabila bakal turun beraksi menentang Ulsan Hyundai dalam aksi play-off AFC Champions League.

Walaupun berdepan cabaran beraksi di bawah cuaca sejuk, pengendali skuad itu, Mehmed Durakovic yakin anak buahnya akan mempamerkan aksi terbaik dan memberi saingan sengit kepada kelab gergasi Korea Selatan itu.

FOTO: Perak TBG

Bagaimanapun, beliau berdepan sedikit kesukaran untuk membarisi kesebelasan utama yang terbaik kerana perlu memikirkan pengganti kepada 3 pemain iaitu Brendan Gan, Nazirul Naim Che Hashim dan Partiban Janasekaran.

“Brendan mengalami kecederaan kaki ketika menjalani latihan keadaannya ketika ini 50-50 manakala Partiban demam sepanjang minggu dan Nazirul juga masih belum dapat dipastikan sama ada boleh bermain atau tidak.

“Inilah bola sepak di mana kecederaan sering menjadi masalah kepada pemain, tetapi tidak mengapa kerana peluang akan diberi kepada pemain lain untuk menggalas cabaran pasukan,” katanya.

Beliau turut mengakui cuaca sejuk dibawah suhu negatif di bandar Ulsan menjejaskan tahap kesihatan pemain Perak kerana anak buahnya mengadu mengalami batuk-batuk dan selsema sejak tiba di sini.

“Masalah besar kami adalah cuaca. Pemain sudah biasa bermain dengan cuaca panas di Malaysia tetapi di sini suhunya boleh mencecah negatif 1 dan 2 pada waktu malam manakala di sebelah siang suhunya 1 atau 2 darjah Celsius.

“Kebanyakkan pemain saya mengalami batuk disebabkan cuaca yang sejuk namun inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk mereka,” katanya seperti dipetik dalam Utusan Malaysia.

FOTO: Perak TBG

Mehmet yang berasal dari Australia menyedari lawan mereka itu bukan calang-calang apabila kelab dari Korea Selatan itu pernah menjuarai Liga Juara-Juara Asia pada 2012.

“Sudah tentu perlawanan esok amat mengujakan kami dan walaupun bukan mudah namun saya mahu pemain menikmatinya kerana inilah peluang untuk kami mencipta sejarah,” katanya lagi.

Jika menang, Perak akan menyertai Kumpulan H bersama tiga lagi pasukan iaitu Sydney FC dari Australia kemudian Kawasaki Frontale (Jepun) dan Shanghai SIPG (China).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN