Juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi akan bertandang ke Stadium SCG bertemu dengan naib juara Liga Perdana Thailand 2017, Muangthong United pada 23 Januari 2018 untuk saingan kelayakan AFC Champions League 2018.
Wakil dari Malaysia itu pernah bertemu lawan yang sama pada tahun 2016 dimana mereka tewas melalui penentuan sepakan penalti, 0-3.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menetapkan pusingan kelayakan dan play-off AFC Champions League akan diadakan pada 16 Januari 2018 (kelayakan 1 ), 23 Januari 2018 (kelayakan 2) dan play-off pada 30 Januari 2018.
Pasukan yang berada dikedudukan lebih tinggi dalam kedudukan AFC MA Ranking akan beraksi digelanggang sendiri sebagai tuan rumah.
Ada 3 peringkat kelayakan iaitu kelayakan pertama, kelayakan kedua dan play-off untuk menentukan tempat di peringkat kumpulan dalam saingan AFC Champions League 2018.
Dalam peringkat kelayakan pertama ini, 8 pasukan dari asia barat dan asia timur akan berentap merebut tempat di peringkat kelayakan kedua.
4 pasukan asia barat itu ialah Al-Faisaly (Jordan), Al-Ahed (Lubnan), Aizawi (India) dan Malkiya (Bahrain). 4 pasukan dari asia timur pula ialah Bali United (Indonesia), Tampines Rovers (Singapura), Shan United (Myanmar) dan Juara Liga PFL (Filipina).
Menanti pada peringkat kelayakan kedua ialah 12 pasukan dari asia barat dan asia timur. Pasukan dari asia barat ialah 2 wakil dari liga Uzbekistan, Al- Zawraa (Iraq), Al-Jaish (Syria), Al-Gharafa dan Al-Rayyan dari Qatar.
Manakala pasukan dari asia timur pula ialah Johor Darul Ta’zim (Malaysia), Quang Nam (Vietnam), Eastern (Hong Kong), Muangthong United (Thailand), Chiangrai United (Thailand) dan Brisbane Roar (Australia).
8 pasukan yang memenangi perlawanan di peringkat kelayakan kedua pula akan mara ke peringkat play-off dimana pemenangnya akan mengesahkan slot di peringkat kumpulan AFC Champions League 2018.
Pada peringkat play-off, 8 pasukan gergasi Asia bersedia menentang pasukan yang layak daripada peringkat kelayakan kedua. 4 pasukan dari asia barat ialah Al-Ain (UAE), Al-Ittihad (Arab Saudi), Esteghlal dan Tractor Sazi dari Iran.
Manakala 4 pasukan dari asia timur tersebut adalah Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan), Shanghai SIPG (China), Tianjin Quanjian (China) dan pasukan tempat 3/4 Liga Jepun.
Mana-mana pasukan yang berjaya menang dalam pusingan play-off, akan menyertai 24 pasukan lain yang sudah melayakkan diri ke peringkat kumpulan menjadikan 32 pasukan keseluruhan yang bertanding dalam saingan AFC Champions League 2018.
Jika gagal mara ke peringkat kumpulan, JDT akan bertanding dalam saingan kelas kedua, AFC Cup.