5 Sebab Mengapa Romelu Lukaku Kini Hanya Menjaringkan 1 Gol Dalam 11 Perlawanan

Ketika ini penyerang Manchester United, Romelu Lukaku hanya menjaringkan 1 gol dalam 11 penampilan terakhirnya. Ini jauh berbeza dengan prestasinya ketika awal musim – menjaringkan 11 gol dalam 10 perlawanan.

Gol terakhir Lukaku dalam 11 perlawanan terakhirnya datang ketika kemenangan 4-1 United menentang Newcastle United pada 18 November lepas.

Adakah United sudah mula mencipta kurang peluang buat Lukaku atau Lukaku sendiri mengalami penurunan prestasi – sehingga menyebabkan majoriti pengurus Fantasy Premier League (FPL) mengambil keputusan untuk menjual beliau dalam skuad mereka?

Statistik dari BBC menunjukkan kekurangan gol daripada Lukaku mungkin berpunca daripada kurangnya beberapa parameter yang diperlukan oleh penyerang untuk menjaringkan gol.

Kredit: BBC Football

1. Jumlah percubaan

Ketika Romelu Lukaku menikmati gol yang banyak dalam 7 perlawanan pertama beliau di Premier League, beliau telah melakukan 31 percubaan ke arah pintu gol pasukan lawan.

Tetapi dalam 6 perlawanan Premier League terakhir beliau (tak termasuk kemenangan 4-2 United ke atas Watford awal pagi tadi), Lukaku hanya mampu membuat 16 percubaan ke arah gol.

Ketika menentang Watford awal pagi tadi, Lukaku membuat 4 percubaan. Ini menjadikan jumlah percubaan beliau dalam 7 perlawanan liga terakhir adalah 20 – kurang 11 daripada 7 perlawanan liga sebelum ini.

Manchester United’s Romelu Lukaku (centre) misses a chance from close range during the Premier League match at Vicarage Road, Watford. (Photo by Andrew Matthews/PA Images via Getty Images)

2. Jumlah sentuhan dalam kotak penalti

Lukaku turut mencatatkan penurunan purata jumlah sentuhan bola dalam kotak penalti pasukan lawan.

Dalam 7 perlawanan liga sebelum ini, beliau mempunyai purata 6 sentuhan bola dalam kotak penalti pasukan lawan.

Tetapi dalam 7 perlawanan liga seterusnya, beliau hanya mencatatkan purata 4 sentuhan bola dalam kotak penalti lawan.

Ketika kemenangan 4-2 United awal pagi tadi, Lukaku mencatatkan 4 sentuhan bola sahaja di dalam kotak penalti Watford. Banyak sentuhan beliau dicatatkan di kawasan middle third – menandakan beliau kini terpaksa turun ke kawasan tengah untuk mendapat bola.

Kredit: BBC Football

3. Jumlah ‘peluang besar’

Penurunan terbesar yang dicatatkan oleh Lukaku adalah dari segi jumlah peluang besar – paramater yang dijelaskan oleh Opta sebagai ‘peluang menjaringkan gol paling besar yang penganalisis kami jangkakan mana-mana pemain boleh menjaringkan gol’.

Lukaku hanya mempunyai 3 dalam 6 perlawanan liga terakhirnya. Ketika kemenangan menentang Watford awal pagi tadi, Lukaku mempunyai 1 ‘peluang besar’. Ini bermakna beliau hanya mempunyai 4 ‘peluang besar’ dalam 7 perlawanan liga terakhir.

Lukaku langsung tidak mempunyai ‘peluang besar’ ketika kekalahan ke atas Huddersfield dan Chelsea, ketika seri dengan Liverpool dan ketika kemenangan menentang Tottenham Hotspur.

Berbeza dengan 12 ‘peluang besar’ yang dimiliki beliau ketika 7 perlawanan awal liga, maka tak hairanlah Lukaku kini kurang menjaringkan gol.

Manchester United’s Belgian striker Romelu Lukaku (C) misses a chance during the English Premier League football match between Watford and Manchester United at Vicarage Road Stadium in Watford, north of London on November 28, 2017. / AFP PHOTO / Glyn KIRK / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or ‘live’ services. Online in-match use limited to 75 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. / (Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

4. Expected goal (xG)

Untuk pengetahuan anda, expected goal atau jangkaan gol (xG) merupakan parameter yang menilai kualiti peluang menjaringkan gol. Semakin tinggi xG, semakin tinggi kebarangkalian seseorang untuk menjaringkan gol.

Dalam 7 perlawanan liga sebelum ini, Lukaku ‘dijangka’ dapat menjaringkan 6.5 gol atau 0.93 gol per perlawanan.

Tetapi dalam 6 perlawanan liga terakhir (tak termasuk kemenangan 4-2 United ke atas Watford awal pagi tadi), Lukaku hanya ‘dijangka’ dapat menjaringkan 1.95 gol atau 0.33 gol per perlawanan.

Jadi apa puncanya?

Kemarau gol Lukaku bermula sebaik sahaja Paul Pogba cedera dan ketidaktentuan prestasi Henrikh Mkhtaryan.

MANCHESTER, ENGLAND – NOVEMBER 21: Paul Pogba and Romelu Lukaku of Manchester United in action during a first team training session at Aon Training Complex on November 21, 2017 in Manchester, England. (Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Mkhtaryan hanya mencipta 3 peluang dalam 5 perlawanan terakhirnya. Ini berbeza dengan 5 peluang yang dicipta perancang Armenia ini dalam 3 perlawanan pertama Premier League bagi Manchester United.

Lukaku sendiri tidak boleh dipersalahkan dalam isu ini. Dalam 7 perlawanan liga terakhir, penyerang Belgium ini konsisten mencatatkan larian lebih 9km.

Cadangan penyelesaian oleh Mourinho

Persoalan isu prestasi semasa Lukaku ini dibangkitkan oleh wartawan ketika sidang media selepas kemenangan United menentang Watford.

Lukaku jelas tidak berada dalam prestasi sebenar apabila mensia-siakan peluang pada minit ke-75. Beliau mengambil terlalu banyak masa untuk membuat percubaan sehingga memberi masa buat pertahanan Watford untuk mengeluarkan bola dari kakinya.

Bercakap mengenai isu ini, Mourinho mempunyai satu jawapan:

“Lukaku perlukan kontrak lumayan dengan pengeluar kasut bola. Ketika ini beliau tiada apa-apa kontrak penajaan dengan mana-mana jenama kasut bola,” kata Mourinho dengan nada berjenaka.

“Itulah sebabnya beliau bermain dengan kasut bola hitam. Beliau perlukan satu jenama yang memberinya kasut bola yang betul dan duit yang banyak supaya dapat menjaringkan gol.”

Mourinho jelas berseloroh. Tetapi seperti pengurus yang baik, beliau mempertahankan Lukaku, “Beliau bekerja keras untuk pasukan. Saya takkan salahkan beliau kerana terlepas peluang menjaringkan gol. Takkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN