Video: Lihat 2 Gol Cantik Ashley Young Bantu Man United Tewaskan Watford 4-2

Menurut pengurus Manchester United, Jose Mourinho, pasukannya sepatutnya boleh ‘menghisap curut’ ketika menentang Watford dalam perlawanan Premier League di Vicarage Road awal pagi tadi.

Maksud sebenar metafora Mourinho itu adalah United sepatutnya boleh memenangi perlawanan ini dengan lebih mudah. Lebih selesa – seperti menghisap curut.

Tetapi selepas mendahului Watford 3-0 selepas 77 minit, pertahanan United membenarkan Watford melakar kebangkitan mini dengan bolos 2 gol dalam masa 7 minit. Mujurlah gol Jesse Lingard pada minit ke-86 berjaya melenyapkan sisa-sisa harapan Watford.

Perlawanan ini juga menyaksikan Ashley Young menjaringkan 2 gol terhadap kelab lamanya. Bermula dengan rembatan luar kotak penalti yang menerjah jaring pada minit ke-19, Young kemudiannya menggandakan kelebihan United melalui gol sepakan percuma cantik dari jarak 20 ela.

Anthony Martial menambah gol ke-3 United pada minit ke-32 hasil penyudah baik daripada hantaran Romelu Lukaku.

WAT V MUN HL ENG Extended from Ahmad Muzammil on Vimeo.

“Pada separuh masa kedua, kami sepatutnya dah mendahului 5-0 atau 6-0. Kami dapat lebih banyak peluang mudah untuk menjaringkan gol pada separuh masa kedua berbanding separuh masa pertama,” kata Mourinho dalam sidang media selepas perlawanan.

“Secara tiba-tiba, mereka [Watford] dapat penalti untuk 3-1. Ketika itu dinamik perlawanan dah berubah. Mujurlah Lingard mempunyai inisiatif untuk ‘membunuh’ kebangkitan mereka.”

Dengan kemenangan ini, The Red Devils memotong pendahuluan Manchester City kepada 5 mata. Skuad kendalian Pep Guardiola ini bagaimanapun boleh mengembalikan pendahuluan 8 mata City jika menewaskan Southampton di Etihad Stadium pada awal pagi Khamis nanti.

Dengan 32 mata daripada 14 perlawanan, ini adalah prestasi United yang terbaik sejak musim 2012/2013 kendalian Sir Alex Ferguson. United menjuarai liga pada musim tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN