2 Gol Dari Juliano Mineiro Bantu Selangor Peroleh Kemenangan Di Kota Bharu

Kelantan VS Selangor bermula dengan permainan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terus bermula mencari gol untuk pasukan masing-masing.

Kelantan menekan Selangor

GOL! Juliano Mineiro menjaringkan gol seawal minit ke-4 selepas menyudahkan hantaran cut-back dari S. Veenod. Walaupun percubaan pertama ditepis Khairul Fahmi Che Mat, namun Mineiro berjaya menolak untuk kali ke kedua.

Selepas bolos, Kelantan terus mengasak pasukan Selangor dan hasilnya tekanan yang diberikan belum lagi berjaya membolosi pintu gol pasukan Selangor.

Rembatan oleh Shahrul Hakim pada minit ke-17 dari luar kotak penalti hampir saja menjaringkan gol penyamaan untuk Kelantan namum rembatannya sedikit sisi dari pintu gol.

Situasi kelam kabut dalam kotak penalti ketika aksi sepakan penjuru hampir memberikan gol kepada Selangor, namun pertahanan Kelantan berjaya mengeluarkan bola dari kawasan mereka pada minit ke-19.

Indra Putra mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dari situasi sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-20 namun rembatannya terkena benteng.

Kesilapan benteng pertahanan Kelantan pada minit ke-30 membolehkan Adam Nor Azlin yang menggantikan Forkey Doe melakukan percubaan namun percubaannya lemah.

Insiden panas berlaku selepas Mohamad Ghaddar dan Ugo Ukah melakukan bertengkar selepas Ukah memarahi beliau yang cuba untuk menjatuhkan diri sendiri dengan sengaja untuk mendapatkan penalti pada minit ke-33.

Sepakan penjuru Selangor pada minit ke-36 hampir memberikan gol oleh Rizal Fahmi namun boleh tidak dapat disambut oleh sesiapa.

Shahrul Hakim hampir menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan percuma di depan pintu gol namun rembatannya terkena benteng.

Adam hampir menewaskan Khairul Fahmi namun rembatan beliau dalam situasi 1 lawan 1 ditolak keluar dengan mudah di penghujung permainan.

Mineiro sahkan 3 mata untuk pelawat

Shahrul Hakim mempunyai peluang untuk menjaringkan gol diawal permainan separuh masa kedua, namun rembatan beliau lemah dan tidak menepati sasaran.

Kemasukan Badhri Radzi sebelum mula separuh masa kedua memberikan impak positif apabila Kelantan berjaya menguasai bola namun percubaan tidak berjaya dicipta dengan baik.

Gambar: TRWFC

Rembatan dari Khairul Izuan dari luar kotak penalti hampir saja berikan gol yang dicari, namun rembatan pada minit ke-53 itu tersasar.

Kesilapan pertahanan Kelanyan hampir sekali lagi dihukum apabila Mohd Qayyum tidak berjaya membaca hantaran Khairul Fahmi namun mujur gol dari Victor Astafei dibatalkan kerana ofsaid.

Sepakan percuma Badhri di luar kotak penalti hampir memberikan gol penyamaan namun percubaan beliau tersasar pada minit ke-57.

GOL! Selangor berjaya menambah jaringan gol selepas Mineiro menjaringkan gol hasil tolakan daripada Adam untuk satu rembatan dari luar kotak menewaskan Khairul Fahmi.

Peluang terbaik untuk Kelantan tiba pada minit ke-68 selepas Shahrul mendapat peluang untuk menjaringkan gol selepas membuka ruang di sebelah kanan, namun rembatan beliau tinggi melambung.

Kelantan, seperti separuh masa pertama cuba menekan dan menekan pasukan Selangor namun penyudah dan kreativiti di depan gol terus mengecewakan pasukan tuan rumah.

Selangor hampir menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-84, namun gerakan 3 lawan 3 Selangor dipatahkan oleh pasukan Kelantan.

Larian Ghaddar hampir berjaya memberikan masalah kepada pasukan Selangor, namun rembatan beliau selepas itu ditolak mudah pertahanan Selangor.

Apa yang menarik mengenai Kelantan adalah Kelantan berkerja keras untuk mendapatkan gol dalam perlawanan ini. Namun kekurangan kreativiti ketika berada di depan gol Selangor

Sementara Selangor mungkin tidak menguasai perlawanan dari segi penguasaan bola namun mereka menggunakan peluang mereka untuk membawa pulang 3 mata.

Tamat perlawanan, Kelantan 0-2 Selangor.

Kesebelasan utama

Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol), Mohd Qayyum, M. Danso, Nik Shahrul, Hasmizan Kamarodin, Indra Putra (kapten), Faizol Nazlin, Morgaro Gomis, Khairul Izuan, Shahrul Hakim, Mohamad Ghaddar

Selangor: Khairul Azhan (penjaga gol), Rizal Fahmi, Ugo Ukah, Razman Roslan (kapten), Halim Zainal, Syahmi Safari, Juliano Mineiro, Raimi Md Nor, S. Veenod, Victor Astafei, Forkey Doe

Baca juga: Mark Hartmann Cemerlang Bantu Sarawak Tewaskan PKNS FC Di Shah Alam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN