7 Statistik Bukti Kedah Dalam Prestasi Terbaik Termasuk Akhiri Rekod Tak Menang Derbi

Statistik kali ini kami paparkan bukti pasukan Kedah dalam prestasi terbaik setakat ini. Kedah nampaknya pasukan yang harus dikejar oleh pencabar yang lain di dalam saingan Liga Super musim ini.

1. Akhiri winless streaks dalam derbi

Mereka menang ke atas Pulau Pinang dalam Derbi Utara semalam. Ia sekaligus menjadi kemenangan pertama mereka selepas 7 kali mencuba untuk menewaskan pasukan Pulau Pinang.

Kedah player celebrates their winning during Super League match between Kedah FA and Penang FA at Darulaman Stadium on 25th February 2017. Photo by Norazmi Ibrahim | www.asiana.my

Kedah menang 3-1 untuk kekal di persada liga selepas 6 perlawanan. Tiada yang lebih indah selain dari meraikan kemenangan derbi di puncak liga!

2. Tak terkalah di Malaysia

Ini juga merupakan rekod 18 perlawanan tanpa kalah pasukan Kedah dalam semua pertandingan domestik selepas kekalahan terakhir di tangan Felda United.

Ia berlaku dalam saingan Piala Malaysia T-Team pada 13 Ogos 2016. 13 kemenangan dicipta (untuk 90 minit) dan 5 keputusan seri dicipta sepanjang proses tersebut.

3. Tanpa kalah di Liga Super

Ia adalah rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan Liga Super selepas tewas (teknikal) 0-3 di tangan Pahang pada 3 Ogos 2016.

4. Tajam!

Kedah tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam 9 perlawanan terakhir mereka. Menjadikan mereka antara pasukan yang sangat produktif.

Kedah player (Liridon Krasniqi) celebrates his goal with his mother during Super League match between Kedah FA and Penang FA at Darulaman Stadium on 25th February 2017. Photo by Norazmi Ibrahim | www.asiana.my

5. Alor Star adalah fortress

Di tempat sendiri, mereka telah menang 9 perlawanan terakhir di Alor Star selepas kekalahan di tangan T-Team tahun lalu. 7 daripadanya adalah dari Liga Super.

Fortress? Sudah pasti!

6. Menang 100% di rumah sendiri musim ini

Manakala musim ini mereka mencatatkan rekod 100% kemenangan di tempat sendiri dalam saingan Liga Super dan juga semua pertandingan.

Kedah di Alor Star musim ini, 4 perlawanan, 4 menang, 0 Seri, 0 kalah, 100% menang, 16 gol, bolos 6 gol.

7. Pelawat yang kurang digemari lawan

Mereka masih belum tewas dalam 10 kunjungan terakhir ke tempat lawan. Kali terakhir mereka tewas di tempat lawan adalah menentang Pulau Pinang di Liga Super pada 16 Julai 2016.

Rumusan

Nampaknya Kedah dalam prestasi terbaik sejak separuh kedua musim lalu. Mereka kemudian konsisten mencipta keputusan di tempat sendiri dan di tempat lawan.

Baca juga: 2 Gol Dari Juliano Mineiro Bantu Selangor Peroleh Kemenangan Di Kota Bharu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN