Kelantan United Dapatkan Bintang Uzbekistan Dalam Misi Keluar Dari Zon Bawahan Liga Super

Sirojiddin Rakhmatullaev

Pasukan Liga Super, Kelantan United berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah dari Uzbekistan iaitu Sirojiddin Rakhmatullaev dalam usaha mereka untuk melawan takdir daripada menduduki kedudukan terbawah Liga Super.

Kehadiran Rakhmatullaev akan menjadi menambah sengat kepada bahagian tengah Kelantan United selepas mereka mendapatkan duo dari Korea Selatan iaitu Kim Min-kyu dan Kim Deok.

Memetik laporan Majoriti, kehadiran pemain berusia 30 tahun ini hanya bersifat sementara kerana Rakhmatullaev hanya ditandatangani dengan kontrak jangka pendek sahaja sehingga tamat musim.

“Pemain berusia 30 tahun sebelum ini beraksi bersama kelab Uzbekistan, Mash’al Mubarek dan turut berpengalaman beraksi di Liga Bangladesh bersama Saif SC pada musim 2020/2021.

“KUFC adalah kelab ketiga Rakhmatullaev setelah memulakan karier awalnya bersama skuad B-21 Mash’al Mubarek pada 2011,” kata Kelantan United dalam kenyataan mereka.

Rakhmatullaev dijangka akan digandingkan bersama-sama Deok apabila diturunkan kerana kedua-dua ini merupakan pemain yang beraksi di pertahanan. Ia dijangka akan menghasilkan hasil yang baik kerana gabungan dua pemain berpengalaman dan bakat muda.

Kelantan United dilihat begitu serius untuk memperbaik kedudukan mereka dalam Liga Super dengan membawa ramai muka baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Selain tiga nama yang disebutkan, Sang Kijang Hijau turut membawa masuk penyerang Kelantan iaitu Ismael Akinade bagi menambah sengat di bahagian depan. Mereka begitu berharap yang pelaburan kali ini akan benar-benar membawa hasil yang positif terutama pada kedudukan carta Liga Super.

Kelantan United kini menduduki tangga kedua tercorot Liga Super dengan hanya memperoleh enam mata daripada 15 perlawanan. Mereka hanya dua mata sahaja dipisahkan dengan seteru setempat iaitu Kelantan yang kini menduduki tangga terbawah liga.

Aksi seterusnya buat Kelantan United adalah bertemu Perak di Ipoh pada 7 Julai 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN