Kelantan Tiada Pilihan Lain, Tekad Tewaskan JDT Di Larkin

Kelantan

Walaupun Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah pun dinobatkan sebagai juara Liga Super buat kali kelima berturut-turut, namun nasib berbeza menimpa skuad Kelantan yang terdesak untuk mengutip 3 mata penuh bagi menghidupkan peluang mereka untuk kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Justeru, pertemuan di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos Larkin, malam esok menjadi misi wajib menang oleh skuad The Red Warriors biarpun nampak mustahil dan sukar.

Pengurus pasukan Kelantan, Wan Rakemi Wan Zahari, berkata kepada Berita Harian, pasukannya tidak mempunyai pilihan lain bagi menyelamatkan kedudukan daripada zon bahaya.

“Perlawanan kali ini menjadi tumpuan kerana JDT mahu meraikan kejuaraan mereka kerana mahu memastikan kemenangan bergaya diperoleh bagi menggembirakan penonton yang hadir malam esok.

“Bagaimanapun misi Kelantan hanya mahu menang dalam baki perlawanan yang ada. Semua tahu kedudukan kita dalam bahaya kerana tanpa kemenangan kita tidak mampu mengubahnya.

“Saya yakin setiap pemain pasukan mempunyai semangat tinggi dan kental yang boleh menangkis kebangkitan JDT. Paling penting menghasilkan jaringan bagi memastikan tiga mata di tangan kita,” katanya.

Shafiq Shaharudin yang pernah bermain untuk pasukan JDTII bakal mengetuai jentera serangan Kelantan malam esok.

Pada masa sama, Wan Rakemi turut mengesahkan dua tonggak utama TRW, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhamad Syaiful Alias bakal diturunkan bagi memperkuatkan jentera perancang pasukan itu malam esok.

“Dalam masa sama, saya turut mengharapkan pemain ke-12 iaitu penyokong masih memberi sokongan kepada pasukan sehingga perlawanan terakhir,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN