China Dan Arab Saudi Bakal Menguji Kemampuan Skuad Ong Kim Swee

Semalam Ketua jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee telah mengumumkan senarai 24 pemain ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 30 Julai 2018 sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 14 Ogos hingga 1 September 2018.

17 pemain daripada skuad 23 pemain yang membawa Malaysia mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China pada Januari lalu.

Empat pemain baharu yang disenaraikan terdiri daripada Syafiq Ahmad (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC) dan penjaga gol, Khatul Anuar Md Jalil (Kuala Lumpur) manakala pemain senior untuk mengisi tiga kuota lebih umur 23 tahun terdiri daripada Baddrol Bakhtiar (Kedah), Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT).

Bagaimanapun, daripada 24 pemain ini, hanya 20 pemain terbaik akan berada dalam senarai akhir pendaftaran pemain ke Sukan Asia 2018.

Sementara itu, enam pemain diletakkan dalam senarai menunggu jika ada mana-mana di kalangan 24 pemain di atas mengalami kecederaan. Enam pemain itu ialah Adib Zainuddin (JDTII), Kogileswaran (Pahang), Syahmi Safari (Selangor), Akhyar Rashid (Kedah), Evan Wensley (Sabah) dan Shahrul Saad (Perak.

Nama kesemua 30 pemain di atas (24 pemain & 6 pemain senarai menunggu) sudah dihantar untuk pendaftaran awal ke Sukan Asia 2018 dan tiada sebarang pemain lain (di luar dari senarai 30 pemain ini) boleh diganti masuk ke dalam senarai 20 pemain terakhir nanti.

China dan Arab Saudi uji skuad Malaysia B-23

Skuad B-23 negara telah mengaturkan dua perlawanan persahabatan antarabangsa bagi menghadapi temasya Sukan Asia itu.

“Selepas melapor diri di Wisma FAM pada 30 Julai, kita akan terbang ke Changzhou, China pada 2 Ogos bagi menghadapi perlawanan persahabatan bertemu China B-23 pada 5 Ogos dan kembali ke tanah air pada 6 Ogos.

“Kemudian kita akan meneruskan kem latihan di Wisma FAM dan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi B-23 di Kuala Lumpur pada 9 Ogos. Jika mengikut jadual asal Sukan Asia 2018, kita akan terbang ke Indonesia pada 12 Ogos sebelum perlawanan pertama yang dijadual pada 14 Ogos.

“Senarai 24 pemain yang saya pilih ini adalah berdasarkan prestasi semasa mereka dalam saingan Liga Super dan Liga Premier, serta penilaian ketika kem latihan skuad B-23 kebangsaan sebelum ini serta prestasi pemain yang dipanggil ke skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe.

“Bagi kuota pemain lebih umur pula, saya melihat Baddrol sebagai seorang pemain yang serba boleh dan mampu beraksi di banyak posisi, Aidil pula kepimpinan dan pengalamannya diperlukan bagi mengemudi barisan pertahanan manakala Rizal boleh beraksi di pertahanan kanan dan sayap kanan serta juga merupakan pemain yang berpengalaman. Begitu juga Shahrul yang berada dalam senarai menunggu.” kata Ong Kim Swee.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN