Kelantan Terpaksa Lepaskan Christopher Jackson

Hasrat penyokong Kelantan untuk menyaksikan kelibat Christopher Jackson mengetuai barisan serangan The Red Warriors terkubur selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan penyerang kebangsaan Liberia itu terpaksa digugurkan kerana mengalami kecederaan jangka masa panjang.

Pengarah Urusan Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari mengatakan, biarpun ianya satu keputusan yang berat, pihaknya terpaksa mengambil tindakan berkenaan setelah pegawai perubatan pasukan mengesahkan penyerang berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan lateral menicus dibahagian lulut kanan.

Beliau menjelaskan Jackson mendapat kecederaan tersebut ketika Kelantan meraih kemenangan 3-2 ke atas PJ City dalam aksi persahabatan pra-musim pada minggu lepas dan pemain berkenaan mungkin perlu menjalani pembedahan dan berhat panjang sebelum dapat kembali beraksi.

“Sebelum bersama TRW, pasukan perubatan telah melakukan pemeriksaan rapi ke atas pemain itu dan mendapati dia bebas daripada kecederaan lampau.

“Namun, malang menimpa Jackosn apabila dia mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut (menentang PJ City),” katanya kepada laman rasmi Kelantan FA.

Namun dalam media sosial, terdapat khabar angin yang mendakwa ejen Jackson sengaja menyembunyikan kecederaan yang dialami oleh pemain itu sebelum tiba di Kota Bharu.

Oleh itu, bagi mendapatkan seorang penyerang berkualti untuk mengetuai barisan hadapan pasukan, TRW telah membuat keputusan untuk membawa masuk bekas penyerang Pahang, Lazarus Kaimbi menggantikan Jackson bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2020.

“Saya telah melakukan perbincangan dengan barisan jurulatih dan mereka bersetuju mendapatkan Kiambi sebagai pengganti kepada Jackson,” ujarnya.

Dalam perlawanan pertama Liga Premier menentang Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu, Kelantan telah dikecewakan dengan jaringan penyamaan Francis Kone pada minit-minit akhir perlawanan dan sekaligus terlepas untuk meraih kemenangan sulung pada musim ini.

Kredit Foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN