Kelantan Kecewa Tak Dapat Guna SSMIV Untuk Latihan Pada Waktu Malam

Kelantan nyata kecewa dengan apabila mereka dinafikan hak untuk berlatih di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu, lapor Sinar Harian.

Mereka tidak dibenarkan berlatih sebagai persiapan mereka untuk aksi Piala Malaysia selepas stadium itu digunakan oleh pihak kerajaan negeri untuk program Medina Ramadan.

Pasukan Kelantan menjalani latihan di Kota Bahru.

Lebih malang, pihak Kelantan hanya dinyatakan secara lisan sahaja oleh Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) tanpa hitam putih dari mereka.

Sebagai ganti, mereka terpaksa mencari padang alternatif untuk membolehkan pasukan Kelantan berlatih untuk persiapan Piala Malaysia.

Mereka mempunyai pilihan untuk berlatih di Stadium Mini Ketereh atau Stadium Mini Pasir Mas namun begitu tahap kualiti padang yang tidak begitu baik.

Dalam masa yang sama, tahap pencahayaan lampu limpah di 2 stadium itu juga tidaklah begitu baik.

Menurut mereka, sesi latihan pertama Kelantan terpaksa diadakan di gimnasium sahaja.

Dalam masa yang sama, pihak Kelantan telah mengesahkan yang pihak PSK ada mencadangkan Padang Perdana sebagai ganti kepada padang latihan mereka.

Namun begitu, pihak Kelantan perlu memperoleh kebenaran dari Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sebelum menggunakan padang tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN