Hazard Dedahkan Akan Pertimbangkan Perpindahan Ke Real Madrid

Bintang Chelsea, Eden Hazard mendedahkan yang beliau akan menimbangkan perpindahan beliau untuk ke kelab Sepanyol iaitu Real Madrid jika ada tawaran dilakukan.

Beliau nyata tertarik dengan prospek untuk beraksi dengan pasukan yang baru saja memenangi gelaran UEFA Champions League menewaskan Juventus di Cardiff itu.

“Semestinya saya akan menimbangkan tawaran untuk ke Real Madrid sekiranya ada bidaan dilakukan.”

Cita-cita Hazard jika berjaya ke Real Madrid adalah untuk bersama-sama kelab tersebut berusaha menjulang kejuaraan Eropah.

Namun begitu, beliau juga sedar Chelsea mempunyai aspirasi yang sama untuk memenangi kejuaraan tersebut.

“Saya mahu menang trofi. Adalah hebat jika berjaya memenangi kejuaraan Eropah bersama Real Madrid.”

“Tetapi saya sedar Chelsea juga mahu memenangi kejuaraan Eropah. Jujurnya, saya tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan.”

Dalam masa yang sama, Hazard mengaku yang beliau cukup gembira bermain di Chelsea. Beliau masih mempunyai baki 3 tahun dengan gaji £200,000 seminggu dalam kontraknya sekarang.

“Saya cukup gembira bermain di Chelsea, tapi kita tak tahu apa akan jadi di masa hadapan bukan?”

“Saya masih ada kontrak bersama Chelsea dan saya akan terus membantu pasukan untuk berjaya di Eropah selepas kami memperoleh kejayaan ketika musim 2016/2017.”

Ketika ini Hazard sedang menjalani proses rawatan kecederaan patah pergelangan kaki. Hazard mendapat kecederaan tersebut ketika sesi latihan skuad Belgium pada Ahad lepas. Kecederaan ini memaksa Hazard berehat selama 6-8 minggu.

Adakah kita akan menyaksikan Hazard ke Real Madrid pada masa akan datang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN