Kelantan & JDT Didenda RM 10 Ribu Atas Kesalahan Yang Dilakukan Penyokong

Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan kenyataan menerusi laman Facebook mereka mengenai denda yang diterima oleh pasukan-pasukan Liga Malaysia.

Dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun dihukum dengan hukuman denda sebanyak RM10 ribu atas kesalahan yang dilakukan oleh para penyokong mereka.

Kesalahan tersebut dilakukan ketika aksi Liga Super yang dilangsungkan tidak lama dahulu.

Kelantan didenda atas kesalahan yang dilakukan oleh penyokong mereka ketika aksi Kelantan-JDT di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu yang menyaksikan keputusan memihak JDT 2-3.

Sementara itu, JDT pula didenda RM10 ribu hasil kesalahan penyokong yang membaling gulungan resit ketika perlawanan Liga Super ketika menentang Melaka United di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin.

Ketika itu, JDT menang 7-0.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu turut mengambil kesempatan dalam kenyataan terbaharu FAM untuk mengingatkan para penyokong bola sepak di luar sana untuk menjaga tingkah laku di stadium.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para penyokong tanah air untuk sentiasa menjaga tingkah laku masing-masing ketika menyaksikan perlawanan di stadium.”

“Ini kerana yang menjadi mangsa adalah pasukan masing-masing yang terpaksa membayar denda atas kesalahan penyokong tersebut.”

Baca juga: Bintang EPL Dan Kerjaya Mereka Setelah Bersara

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN