Bintang EPL Dan Kerjaya Mereka Setelah Bersara

Berapakah pendapatan anda setahun? Adakah anda memiliki lebih dari satu kerja untuk memastikan kelangsungan hidup hari demi hari?

Pernahkah anda bayangkan kehidupan seorang pemain bola sepak profesional di Liga Perdana Inggeris (EPL)? Buerapa banyakkah pendapatan yang mereka perolehi setahun?

Tetapi bola sepak hanya menawarkan karier yang singkat. Majoriti bekas pemain mengusahakan perkara lain setelah karier profesional mereka berakhir di bidang bola sepak.

Liga Termewah Di Dunia

Umum mengetahui jumlah pendapatan yang diperolehi oleh pemain yang beraksi di EPL. Secara purata, setiap pemain akan memperoleh perolehan sebanyak £2.3juta setahun. Ini bersamaan dengan £43,717 seminggu.

Jumlah ini meningkat sebanyak 60% daripada tahun 2014, menjadikan EPL sebagai liga bola sepak paling mewah di dunia.

Wang sentiasa menjadi faktor untuk setiap perkara. Tidak hairanlah EPL menjadi tumpuan pemain-pemain bola sepak profesional di seluruh dunia untuk beraksi.

Jumlah pendapatan yang tinggi pasti akan menjamin masa depan pemain selepas bersara andai diuruskan dengan baik.

Mereka tidak perlu bekerja untuk seumur hidup mereka dengan kekayaan yang mereka miliki setelah bersara daripada bola sepak.

Bagaimanapun, terdapat juga pemain yang pernah beraksi di EPL, memiliki pekerjaan rakyat marhaen seperti saya dan anda pada hari ini. Siapakah mereka?

1. Lee Bowyer

Di era Leeds United merupakan sebuah kelab yang bersaing di EPL, Lee Bowyer adalah seorang pemain tengah yang digeruni. Bowyer membuat 265 penampilan bersama Leeds sebelum berhijrah ke West Ham.

Rakan profesional Lee Bowyer sememangnya maklum akan ketaksuban beliau dengan hobi memancing.

Di kala ramai pemain bola sepak profesional bercuti ke tempat seperti di Ibiza, Spain, Hawai, New York atau ke Timur Tengah untuk menghabiskan rehat musim panas, Bowyer memilih ke Orconte, Perancis untuk memancing ikan kap!

Kerana minat dan cintanya kepada tasik tempat dirinya sentiasa meluangkan masa, Bowyer telah membeli sekitar 12 ekar hartanah di sekeliling tasik berkenaan sebelum bersara.

Bowyer menyewakan sebahagian daripada aset yang dimilikinya itu secara ala homestay untuk pengunjung yang berminat memancing ikan kap di tasik tersebut.

Bowyer menamakan kawasan yang dimilikinya itu sempena dirinya- Etang de Bows.

Walaupun mengendalikan Etang de Bows secara sepenuh masa, Bowyer tetap mencurahkan ilmu bola sepak di atas padang terutama untuk tujuan pembangunan.

Lee Bowyer dan ikan kap gergasi.

2. Arjan De Zeeuw

Arjan memulakan karier bola sepak beliau di liga amatur Belanda. Kerjaya bola sepak profesional Arjan banyak diluangkan di EPL.

Sepanjang kerjaya di EPL, Arjan De Zeeuw telah beraksi bersama Barnsley, Wigan da Portsmouth.

Arjan adalah seorang pertahanan tengah yang kental dan dikenali kerana etika profesional dan semangat kesukanan ketika aksi di atas padang adalah kerjaya utama beliau.

Arjan adalah seorang pemain yang memiliki pendidikan tinggi walaupun sebelum menyertai bola sepak secara profesional.

Arjan hanya bergelar pemain profesional pada usia 22 tahun. Sebelum itu, Arjan mengusahakan Ijazah dalam bidang perubatan Sains.

Setelah bersara pada tahun 2009, Arjan mengambil keputusan untuk beralih ke bidang yang beliau minati, iaitu Sains.

Hari ini Arjan De Zeeuw adalah seorang ahli forensik sains bersama-sama sebuah firma penyiasatan terkemuka.

Arjan De Zeeuw turut pernah menjadi polis di bandar Alkmaar, Belanda.

3. Ramon Vega

Bekas pemain antarabangsa Switzerland dan pertahanan tengah kental Totenham Hotspurs, Ramon Vega juga memiliki pendidikan tinggi sebelum menjadi pemain bola sepak profesional.

Vega memiliki Ijazah dalam bidang perbankan dan kewangan daripada Zurich Business School sebelum memulakan karier bola sepak bersama Kelab Grasshoper Zurich. 7 tahun kemudian, Vega berhijrah ke London untuk menyertai Spurs.

5 musim berkelana di London, Vega memenangi League Cup bersama Totenham Hotspurs. Setelah bersara sebagai bintang bola sepak, Vega mencipta nama sebagai bintang dalam industri perbankan dan kewangan.

Dengan kepakaran yang ada, Vega menubuhkan Duet Group, sebuah firma yang menawarkan perkhidmatan pengurusan aset. Vega kemudiannya menubuhkan sebuah syarikat hartanah dalam usaha mengembangkan bisnesnya.

Bisnes Vega berpangkalan di London. Dengan pendapatan berjumlah £15 juta setahun, pendidikan nyata pelaburan yang amat berbaloi untuk Ramon Vega.

Ramon Vega, seorang pakar kewangan yang berjaya.

4. Shaun Goater

Shaun Goater bermain untuk beberapa buah kelab sepanjang karier profesional di dalam bola sepak. Beliau tiba di UK sebagai seorang remaja dan diperkenalkan ke EPL oleh Manchester United.

Bagaimanapun, Shaun Goater mulai menyerlah ketika bersama Rotherham sebelum Manchester City menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Di Manchester City Shaun Goater membuat 212 penampilan, menjaringkan 103 gol, menjadikan Shaun Goater seorang lagenda di Maine Road pada era itu.

Shaun bersara pada tahun 2010 dan kembali ke negara asalnya, Bermuda.

Di sana, Shaun Goater terlibat dengan pelbagai jenis bisnes dan pelaburan. Shaun pernah melibatkan diri dalam bidang pengurusan bola sepak, membeli saham beberapa buah kelab bola sepak dan turut terlibat dalam bidang komunikasi.

Namun pada hari ini, Shaun Goater dikenali kerana syarikat kontraktor miliknya yang membina jalan raya di seluruh Bermuda.

pix paul lewis; MAN CITY V CREWE
SHAUN GOATER AFTER SCORING CITY 3RD

5.David Hillier

Anda kenal akan nama David Hillier? Tidak ramai pengikut bola sepak EPL yang mengingati nama Hillier. Malah penyokong Arsenal sendiri, tempat Hillier mencipta nama turut tidak kenal akan pemain tengah ini.

David Hillier membuat sejumlah 104 penampilan bersama Arsenal, menjaringkan 2 gol dari tahun 1988 sehingga 1996. Kerjaya bola sepak Hillier di Arsenal sering dikenali dengan kontroversi.

Bakat bola sepak Hillier sering terselindung oleh perkara-perkara yang tidak berkenaan dengan bola sepak.

Pada tahun 1995, Hillier gagal ujian dadah disebabkan positif ganja.

Bagaimanapun Hillier terlepas daripada hukuman setelah berjaya membuktikan, kandungan ganja di dalam sistem badannya bukanlah daripada pengambilan terus bahan larangan berkenaan.

Pada tahun yang sama juga, Hillier didakwa kerana mencuri wang berjumlah £3000 daripada beg penumpang di Lapangan Terbang Gatwick.

Hillier didenda oleh mahkamah dan diarahkan membayar ganti rugi disebabkan perbuatannya oleh mahkamah.

Setelah ditamatkan kontrak oleh Barnet pada tahun 2003, Hillier menyertai pasukan bomba di Bristol.

Hillier terpaksa mengulangi temuduga berulang kali sebelum diterima sebagai rekrut bomba. Selain kerjayasebagai ahli bomba, Hillier juga membuat kerja komentar dalam rancangan bola sepak.

David Hillier dalam seragam bomba.

Rumusan

Jika anda adalah pemain bola sepak profesional di EPL, apakah kerjaya yang akan anda pilih setelah bersara? Adakah anda akan melaburkan pendapatan anda di dalam bisnes?

Bisnes apakah yang akan anda laburkan? Atau anda ingin memiliki perkerjaan “makan gaji” seperti dimiliki oleh David Hillier?

Kami ingin mendengar daripada anda. Sila nyatakan idea anda di ruangan komen.

Selamat menyambut hari pekerja kepada semua pembaca kami.

Baca juga: Adakah JDT Pasukan Yang Cuba Melamar Mohammed Ghaddar?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN