Kelantan Ikat Bekas Pemain Import Negeri Sembilan

Bekas pemain tengah Negeri Sembilan, Flavio Beck Junior sah menjadi milik pasukan Kelantan bagi mengharungi saingan Liga Premier 2019.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan, pemain kelahiran Brazil itu akan beraksi bersama pasukan itu untuk tempoh satu musim berganding dengan pemain muda, Nik Mohd Akif Syahiran.

“Menariknya, pemain ini mampu bertindak sebagai pemain tengah dan penyerang selain sudah masak dengan kancah Liga Malaysia.

“Justeru, kita sememangnya menagih pengalaman yang ada pada Flavio untuk membimbing pemain muda Kelantan musim ini,” katanya dalam utusan Malaysia.

Dengan kehadiran Flavio, Kelantan kini sudah mempunyai tiga pemain import termasuk pemain dari Jepun iaitu Yuta Suzuki dan Cassio De Jesus yang merupakan tonggak musim lalu.

Aksi Flavio ketika menentang JDT pada musim lepas. FOTO: Goal.com
Profil pemain

Flávio Beck Júnior dilahirkan di Augusto Pestana, Brazil pada 14 Mac 1987. Sepertimana anak muda di Brazil yang lain, karier bola sepak Flávio bermula di salah sebuah akademi bola sepak di Brazil bersama kelab Gremio.

Gremio adalah sebuah kelab bola sepak di saingan Campeonato Brasileiro Série A dan pernah menghasilkan pemain-pemain terhebat dunia seperti Ronaldinho, Gilberto Silva, Anderson, Douglas Costa dan juga Maicon.

Pada usia 17 tahun, Flávio turut pernah tampil dalam beberapa kejohanan bersama skuad Brazil B-17 tahun.

Tamat tempoh menuntut ilmu di Gremio, Flávio mulai memburu impian sebagai pemain bola sepak profesional di Eropah bersama NL Solon di Liga Croatia.

Pada usia 19 tahun, Flávio telah membuat sejumlah 30 penampilan dan menjaringkan 6 gol sepanjang dua musim bersama Solin sebelum berhijrah ke beberapa buah kelab di sekitar eropah, termasuk ke Jerman, Albania, Montenegro dan Slovenia.

Flávio turut pernah beraksi bersama juara Slovenia, NK Maribor pada 2010, tampil di dalam 14 perlawanan kompetitif sebelum berhijrah ke Iran bersama Bargh Shiraz Football Club untuk pengalaman pertama beraksi di Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN