Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sedang berdepan dengan masalah kewangan yang serius menerima padah apabila dihukum dengan pemotongan tiga mata oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Keputusan itu dibuat ekoran kegagalan persatuan berkenaan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual yang ditetapkan sekaligus melanggar peraturan yang ditetapkan oleh badan pelesenan kelab (FIB) FAM.
KAFA sebelum ini diberikan masa sehingga 30 Julai untuk menyelesaikan pembayaran baki yang masih tertunggak selepas FIB FAM beberapa kali membenarkan penangguhan bermula dengan 31 Januari, 29 Februari dan 30 April, namun sehingga hari ini masih tiada pembayaran yang dibuat.
Siaran Media: Kelantan Dipotong Tiga Mata Liga Premier 2020
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 3, 2020
Baca kenyataan penuh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam di https://t.co/G4MfrOhjK1#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/YsKa7h6taq
Sekalipun KAFA telah membuat rayuan supaya diberik diberi kelonggaran dan lanjutan masa sehingga tamat musim 2020, FIB FAM telah membuat keputusan untuk tetap memberikan hukuman.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Persatauan Bola Sepak PDRM, Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) dan KAFA turut mempunyai tunggakan hutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Semua pasukan tersebut diberi peringatan supaya melunaskan semua pembayaran menjelang 31 Ogos 2020 atau berdepan dengan masalah untuk mendapatkan Lesen Kelab bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) tahun 2021.
'Kasihanilah Kami' – Nik Akif, Farisham Ismail Utus Ingatan Buat KAFA https://t.co/KLJMDwqw5H pic.twitter.com/uv2onYT4Np
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 3, 2020
Dalam perkembangan lain, legenda bola sepak Kelantan, Mohd Hashim Mustapha menggesa agar KAFA mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengelakkan daripada digantung oleh Persekutuan Bola Speak Antarabangsa (FIFA).
Langkah itu begi memberi ruang kepada persatuan tersebut menentukan hala tuju baharu bola sepak negeri pantai tmur itu bagi menyelesaikan segala masalah termasak isu hutang tertunggak serta memperbaiki pengurusan.
Cadangan tersebut timbul selepas beliau melihat timbulnya kem individu tertentu serta terdapat beberapa ahli majlis yang telah meninggalkan persatuan tersebut baru-baru ini dan berharap adanya pelantikan individu yang mampu memulihkan semula bola sepak negeri Kelantan.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Kelantan: