Kelantan Cari Pemain Import Baharu Dari Benua Eropah Dan Asia

Skuad The Red Warrios kini giat mengintai beberapa pemain import baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) bagi menghadapi saingan sengit Liga Super musim ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan perkara itu dalam Berita Harian dan berkata pemain import yang bakal diuji dalam masa terdekat ialah dari Syria, Tunisia, Rusia, Uzbekistan, Perancis dan Afrika.

Menurut Bibi Ramjani, KAFA juga sudah memaklumkan kadar bayaran gaji pemain terbabit kepada Malaysia Football League (MFL) untuk mengelak sebarang kemasukan pemain yang melebihi bayaran pemain import sedia ada.

“Bagi perkembangan perpindahan pasukan, kita bercadang untuk mengambil pemain import baharu dari beberapa negara di benua Eropah dan Asia bagi menggantikan beberapa pemain sekali gus memperkuatkan pasukan.

“Beberapa pemain dari negara berkenaan sudah memberi ‘lampu hijau’ untuk diuji dan kita sudah menghantar surat kepada MFL mengenai harga dan gaji setiap pemain.

“Ada seorang pemain import terbabit kini beraksi di Israel dan perkara itu kita akan teliti terlebih dulu bersama Ketua Jurulatih, Fajr Ibrahim.

“Kita tidak mahu pemain yang dibawa nanti menimbulkan kontroversi dalam kalangan penyokong pasukan,” jelasnya dalam Berita Harian.

Bibi Ramjani berusaha mencari formula terbaik untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan bola sepak Kelantan.

Malah, Bibi Ramjani turut membuka tawaran kepada mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat beberapa pemain skuad itu yang bakal dilepaskan.

“Selain itu, mana-mana pasukan yang mahu khidmat Amiridzwan Taj, Badhri Radzi (Piya), Faizol Nazlin, Ramdhan Abd Hamid, Faris Shah Rosli, S Veenod manakala bagi pemain import, Do Dong Hyun dan Morgaro Gomis boleh memaklumkan pada kita untuk sebarang rundingan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN