Trent Alexander-Arnold Teruja Peluang Untuk Berhadapan Dengan Cristiano Ronaldo Pada Final UCL

Alexander-Arnold

Pemain bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold jelas begitu teruja untuk berhadapan dengan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) nanti.

Ketika Ronaldo sudah mencapai kemasyhuran dalam karier bola sepaknya dengan mengimpikan kejuaraan UCL ke-5 bagi dirinya, Alexander-Arnold baru sahaja menikmati musim pertama beraksi bersama skuad utama Liverpool.

Pemain berusia 19 tahun itu menjelaskan bahawa beliau gembira untuk berkongsi padang pertembungan dengan bintang Portugal tersebut.

Beliau sering menyaksikan aksi Ronaldo ketika zaman kanak-kanaknya, tetapi Alexander-Arnold menegaskan bahawa beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan Ronaldo di Kiev nanti.

”Dengan Ronaldo merupakan salah seorang pemain hebat, mungkin salah seorang daripada yang terhebat, ia merupakan satu penghormatan untuk beraksi menentangnya.”

”Anda banyak mengetahui tentangnya dan juga seperti (Lionel) Messi kerana anda menyaksikan mereka di Youtube ketika anda meningkat usia, anda sentiasa menyaksikan jenis pemain seperti mereka.”

Alexander-Arnold
MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 15: Anthony Martial of Manchester United is faced by Trent Alexander-Arnold of Liverpool during the Premier League match between Manchester United and Liverpool at Old Trafford on January 15, 2017 in Manchester, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

”Saya mahu mencabar dan menguji diri saya menentang pemain yang terbaik di dunia dan tidak ramai pemain yang lebih baik seperti Ronaldo.”

”Ia bakal menjadi ujian terbesar buat semua orang dan diharapkan kami dapat keluar sebagai pemenang.”

Membesar sebagai seorang penyokong Liverpool, Alexander-Arnold pasti mengingati saat ketika Cristiano Ronaldo beraksi bersama Manchester United mengakui bahawa beliau merupakan peminat bintang berusia 33 tahun itu.

”Ya, sudah tentu saya merupakan peminatnya, tetapi tidak ketika dia beraksi bersama Man United,” jelas beliau.

”Anda perlu mengakui bahawa dia merupakan pemain yang sukar untuk dipercayai dan dia telah melakukan perkara yang luar biasa.”

”Tetapi pada 26 Mei nanti, kami akan menghentikan kemaraannya dan seluruh pasukan Real Madrid.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN