Pihak FMLLP telah menegaskan yang pasukan Kelantan tiada sebarang masalah dalam mendaftarkan pemain import mereka yang baru direkrut mereka iaitu Seydi L’Imam.
Namun begitu, terdapat satu syarat yang perlu dipenuhi oleh pasukan Kelantan.
Kelantan perlulah menghapuskan sekatan perpindahan yang dikenakan oleh pasukan mereka bagi membolehkan pendaftaran dilakukan.
Menurut FMLLP, sekatan perpindahan itu masih lagi dikenakan selepas Kelantan merasakan mereka merasakan perpindahan yang dilakukan tidak membawa impak positif yang besar kepada pasukan Kelantan.
“Perpindahan yang dilakukan oleh pasukan Kelantan tidak membawa impak yang amat positif kepada kedudukan kewangan mereka.”
Menurut CEO FMLLP, Kevin Ramalingam beliau mengatakan pihaknya tiada sebarang masalah untuk mendaftarkan pemain tersebut asalkan Kelantan berjaya memenuhi syarat untuk menghapuskan sekatan perpindahan itu.
“Jika Kelantan berjaya menghapuskan sekatan perpindahan itu, maka tiada masalah untuk kami daftarkan Seydi.”
Kevin juga menegaskan pihaknya tiada niat untuk menyekat Kelantan dari memasukkan pemain baharu, tetapi mereka cuma berlaku tegas dengan hukuman yang diberikan.
“Ia adalah kerana peraturan yang ditetapkan, bukannya kerana kami nak jatuhkan pasukan Kelantan.”
Sumber:
- Sinar Harian (2017): ‘Seydi masih boleh didaftar’; http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/seydi-masih-boleh-didaftar-1.692691