Liverpool Hampir Pasti Dapatkan Mohamed Salah Dari AS Roma

Nampaknya, perpindahan ini dijangka menjadi realiti.

Selepas pelbagai spekulasi dan pelbagai cerita, akhirnya perpindahan Mohamed Salah dari AS Roma ke Liverpool dijangka bakal dilengkapkan dalam masa yang terdekat.

Liverpool dikatakan bakal memecahkan rekod perpindahan kelab sekiranya berjaya membawa Salah ke Anfield selepas harga perpindahan dikatakan berjumlah £39 juta.

Gambar: Eygptian Streets

Rekod perpindahan kelab yang dimiliki adalah milik Andy Carroll sebanyak £35 juta dari Newcastle United.

Rekod yang bakal dicipta itu juga bakal menjadikan Salah sebagai pemain Afrika paling mahal dalam sejarah bola sepak benua tersebut.

Salah merupakan antara pemain yang paling cemerlang dihadapan pintu gol pada musim lalu dari segi gabungan jaringan gol dan juga bantuan gol.

Hal ini kerana, Salah telah terlibat dengan melakukan 19 jaringan dalam semua kejohanan untuk AS Roma pada musim lalu serta melakukan 12 bantuan gol untuk membantu pasukannya.

Jika berjaya mendapatkan Salah, Liverpool akan lengkapkan perpindahan kedua mereka musim ini selepas berjaya mendapatkan Dominic Solanke dari Chelsea.

Sumber: 

  1. BBC Sport (2017): Mohamed Salah: Liverpool in talks to sign Roma’s former Chelsea winger; http://www.bbc.com/sport/football/40345138

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN