Kelantan Berpeluang Cipta Rekod Bolos Lebih 132 Gol Musim 2023

Kelantan boleh dianggap sebagai pasukan paling malang pada musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) daripada segenap aspek berbanding kelab lain.

Tatkala pasukan tersebut dilihat bakal memulakan musim baharu mereka kali ini di Liga Super dengan lebih menyakinkan, sebaliknya pula berlaku dengan malang sering menimpa pasukan tersebut dan dipaparkan menerusi media sosial.

Terbaharu, Kelantan telah pun merekodkan jumlah bolos mereka musim ini dalam semua perlawanan domestik dengan sebanyak 132 jaringan secara keseluruhan.

Ini meliputi untuk aksi Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, serta Challenge Cup untuk menjadikan pasukan tersebut melakar rekod baharu dalam arena bola sepak tanah air.

Ianya juga menjadikan Kelantan menjadi pasukan yang pertama kali dibolosi sebanyak 100 gol untuk satu musim bagi saingan Liga Super selepas PDRM mencatat keputusan terburuk dengan melepaskan 75 gol pada tahun 2009.

Paling baharu, Kelantan menjadi mangsa amukan Sabah dalam aksi Liga Super, selepas pasukan tersebut mencatat kekalahan besar sebanyak 0-7 di Stadium UiTM Shah Alam.

Rekod terbesar kekalahan Kelantan musim ini pastinya ketika mereka ditewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Piala Malaysia menerusi keputusan penuh 0-10 serta secara agregat 1-15.

Kali terakhir The Red Warriors (TRW) mencipta kemenangan tanpa bolos ialah pada 9 Ogos lalu sewaktu pasukan tersebut mengatasi Negeri Sembilan bagi saingan Liga Super.

Selain itu, pasukan tersebut juga berjaya menjaringkan lebih daripada satu gol ketika mereka merekodkan kekalahan 2-10 kepada Selangor pada 25 Ogos lalu.

Jumlah jaringan dicipta Kelantan pada musim ini hanyalah sebanyak 30 gol dalam semua perlawanan diharungi mereka aksi peringkat domestik.

Rekod buruk itu dijangka akan bertambah pada masa akan datang kerana Kelantan bakal menghadapi tiga lagi baki perlawanan Liga Super bermula dengan pertemuan menentang Kedah Darul Aman (Kedah), PDRM, serta akhir sekali Kelantan United pada 17 Disember 2023.

Kedah dan PDRM dilihat memiliki potensi untuk menjadi pasukan yang akan meledak banyak gol pada perlawanan tersebut menerusi momentum mereka ketika ini.

Menerusi rekod semasa Kelantan yang telah memboloskan sebanyak 132 gol, pasukan tersebut mungkin akan melepaskan lebih banyak jaringan dan menjadikannya suatu rekod sukar untuk diatasi kelab lain pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN