Kelantan Benarkan Semula Bawa Masuk Bendera & Gendang Ke Stadium

Kelantan

Selepas menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak terutamanya penyokong bola sepak Malaysia, pasukan Liga Super, Kelantan telah memilih untuk tidak membenarkan bendera dan gendang dibawa masuk ke dalam stadium.

Sebelum ini, pihak Kelantan telah menghalang penyokong daripada membawa masuk mana-mana bendera atau gendang ke dalam Stadium Sultan Muhammad IV dan ini jelas sekali tidak popular dalam kalangan penyokong.

Namun begitu, Kelantan telah menarik balik larangan tersebut dan kini telah membenarkan semula penyokong untuk membawa masuk bendera dan gendang ke dalam stadium namun dengan bersyarat.

Menurut laman rasmi Kelantan di Facebook, mereka yang berminat untuk membawa masuk semula bendera dan gendang perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak The Red Warriors terlebih dahulu.

“Makluman peraturan tidak dibenarkan bawak kain rentang, tifo, bendera dan dram akan dibenarkan kembali mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

“Mana-mana penyokong yang ingin membawa kain rentang dan tifo di hari perlawanan perlulah berjumpa atau menghubungi Pengurus Keselamatan Kelantan di pejabat Kelantan,” kata pihak kelab.

Tindakan menarik balik larangan ini dilihat satu perkara positif untuk Kelantan bagi meningkatkan kualiti suasana perlawanan di SSMIV.

Walaupun bersyarat, namun ianya sedikit sebanyak akan memberikan semula kemeriahan dan mewujudkan home advantage buat Kelantan setiap kali menerima kehadiran pasukan lawan.

Kebenaran itu akan bermula semula apabila Kelantan menerima kunjungan PDRM pada 23 Mei 2023 ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN