Alasan Mengapa Raphinha Keliling Lapangan Di Nou Camp Dengan Berlutut

Peminat pelik dan hairan melihat Raphinha mengelilingi lapangan di Nou Camp dengan berlutut selepas tamat aksi perlawanan antara Barcelona bertemu Real Sociedad kemarin.

Barcelona berjaya menjulang gelaran La Liga musim ini dan jelas sekali mereka meraikan kejayaan tersebut dengan sangat meriah di Nou Camp.

Seluruh skuad Barca berpesta meraikan kejayaan mereka bergelar juara musim ini bersama-sama para peminat di Nou Camp malam kemarin.

Selepas tamat acara keraian itu, tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan bagaimana Raphinha berjalan keliling padang di Nou Camp dengan berlutut.

Tindakan bintang Brazil itu jelas sekali telah mencuri perhatian para peminat dengan beliau sebenarnya ada alasan tersendiri mengapa melakukan hal tersebut.

Gergasi Catalan itu berjaya menjuarai saingan La Liga musim ini walau mereka terpaksa berdepan beberapa dugaan sebelum sah dinobatkan sebagai juara selepas kejayaan mereka menewaskan Espanyol minggu lalu.

Walau mereka sudah mula berpesta sejak pada hari tersebut, namun jelas sekali keraian sebenar akan berlaku ketika aksi mereka di Nou Camp pada hujung minggu ini.

Skuad lelaki dan wanita Barcelona bersama-sama meraikan kejayaan tersebut pada hujung minggu baru-baru ini, dengan para penyokong dilihat penuh membanjiri jalan-jalan utama di bandar mereka.

Kemarin Barca turun beraksi bertemu Real Sociedad namun malangnya mereka tewas 2-1 dalam perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, kekalahan itu tak menghalang Barcelona dari terus melakukan keraian mereka, dengan Sergio Busquets menjulang Piala di hadapan penyokong di Nou Camp selepas tamat perlawanan tersebut.

Penjelasan tentang tindakan Raphinha

Keraian para pemain Barca kemudiannya berterusan di atas padang, dengan Raphinha bersama rakan-rakan sepasukannya membawa Piala mengelilingi padang.

Namun selepas semua orang pergi meninggalkan padang dan menyambung keraian di bilik persalinan, Raphinha dilaporkan masih bersendirian di atas padang.

Pemain berusia 26 tahun itu dilihat berjalan menggunakan lutut sambil membawa bendera Brazil di atas bahunya.

Pemain yang ditandatangani dari Leeds United itu sebenarnya sudah pernah melakukan hal tersebut dan jelas sekali para penyokong kelab dari saingan Premier League sudah tahu alasan mengapa beliau melakukan keraian aneh itu.

Peminat pernah melihat beliau melakukan hal sama selepas aksi Leeds bertemu Brentford, dengan mereka ketika itu berjaya menyelamatkan diri dari tersingkir pada musim lalu.

Raphinha sebenarnya ada alasan tersendiri tentang mengapa beliau melakukan keraian tersebut.

Menurut laporan dari ITV selepas tamat aksi Leeds bertemu Brentford, tindakan Raphinha itu sebenarnya salah satu ritual yang sering dilakukan oleh pemain-pemain dari Amerika Selatan untuk mengucapkan syukur kepada tuhan kerana memenuhi hajat mereka.

Raphinha turut pernah bercakap tentang hal tersebut yang mana beliau mahu melakukan hal sama andai Barca berjaya memenangi sesuatu.

https://twitter.com/ReshadRahman_/status/1660054030310154241?s=20

“Saya akan lakukan lagi, sama seperti apa saya lakukan bersama Leeds.”

Jelas Raphinha kepada Marca selepas beliau sah menjadi pemain Barcelona.

“Saya akan berjalan di Nou Camp dengan menggunakan lutut saya, atau apa saja, ia akan jadi lebih sempurna andai saya boleh lakukan itu di Istanbul.”

Walaupun hasrat beliau mahu menjulang gelaran Champions League di Istanbul musim ini tidak kesampaian, namun impian beliau mahu menjulang Piala pada musim pertamanya di Sepanyol sudah tercapai.

Raphinha berjalan keliling Nou Camp guna lutut

Walau masih berbaki tiga perlawanan dalam saingan La Liga musim ini, namun Barca sudah boleh menarik nafas lega kerana mereka sudah sah bergelar juara.

Namun begitu, masih tidak jelas bagaimana nasib Barca pada musim baharu nanti, kerana Raphinha dan beberapa pemain lain sudah dikaitkan bakal meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Raphinha hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Arsenal dan Newcastle pada jendela perpindahan musim panas ini.

Walau bagaimanapun, bercakap selepas keraian bersama Barca kemarin, pemain penyerang itu menegaskan yang beliau mahu terus kekal bersama Barcelona.

“Saya mahu kekal di sini untuk tempoh yang panjang lagi.”

Jelas Raphinha kepada beIN Sports.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN