Kelab Turki Ini Catat Rekod Beli 22 Pemain Dalam Masa Dua Jam Sahaja!

Wow! Ini merupakan satu kejutan yang memang gila!

Sebuah pasukan di Turki telah pun mencatatkan rekod apabila mereka berjaya mendapatkan 22 pemain dalam masa 2 jam sahaja!

Kelab tersebut ialah pasukan yang bernama Elazigspor. Mereka adalah pasukan yang bermain di liga divisyen dua di Turki.

Menurut laman ESPN, mereka sebelum terpalit dengan isu pengharaman daripada melakukan sebarang pembelian pemain oleh FA Turki.

Namun begitu, selepas melakukan perbincangan dengan badan induk bola sepak Turki itu mereka berjaya mendapatkan pengecualian daripada larangan membeli pemain tersebut.

Larangan yang disebabkan alasan yang tidak dinyatakan itu kemudiannya dimansuhkan. Ianya membolehkan Elazigspor membeli semula pemain seperti biasa.

Malangnya, mereka punya 2 jam sahaja di hari terakhir jendela perpindahan Januari sebelum ianya berakhir.

Namun begitu, ianya tidak menjadi masalah apabila mereka hadir dengan rekod cemerlang apabila berjaya mendapatkan 12 pemain secara tetap dan 10 pemain secara pinjaman dalam masa 2 jam sahaja!

“Jutaan terima kasih kepada semua yang berada di kelab ini yang membantu melaksanakan hal ini.”

“Kami secara konsisten bercakap dengan FA Turki mengenai situasi larangan pembelian pemain ini dan kami mahu membawa masuk pemain baharu.”

Berikut merupakan senarai nama 22 pemain yang dibawa masuk oleh Elazigspor:

  • Cengizhan Akgun
  • Ahmet Sabri Fener
  • Serge Akakpo
  • Emrah Gur
  • Abdulkadir Kayali
  • Muhammed Ildiz
  • Dersim Sahan Kaynak
  • Boubacar Traore
  • Gokhan Akkan
  • Mustafa Eskihellac
  • Nuh Naci Kırlankocoglu
  • Bakemenga
  • Emir Gokce
  • Murat Ceylan
  • Ahmet Burak Solakel
  • Kadir Bekmezci
  • Rustu Hanli
  • Serdar Ozbayraktar
  • Tufan Kelleci
  • Yigitcan Erdogan
  • Diallo
  • Georgiadis

Dia punya ramai, macam buat skuad baharu terus!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN