Guardiola Sifatkan Emery Lakukan Tugas Cemerlang Di Arsenal

Apa pendapat anda mengenai prestasi Unai Emery di Arsenal setakat ini?

Soalan ini pastinya akan menghasilkan pendapat yang bercampur-campur antara kita semua.

Namun pada pengamatan pengurus Manchester City iaitu Pep Guardiola, beliau berasakan Emery telah melakukan hasil kerja yang cukup baik buat Arsenal.

Bercakap kepada Sky Sports, Guardiola menyifatkan Emery merupakan seorang pengurus yang cukup bersedia.

“Beliau merupakan seorang pengurus yang cukup bersedia. Beliau adalah pejuang dan seorang pengurus yang hebat.”

“Saya tidak pernah berkerja bersama-sama dengan beliau. Tetapi pandangan saya terhadap Emery dari luar adalah beliau adalah seorang pengurus yang cukup baik.”

Guardiola bakal menentang Emery dalam aksi Premier League minggu ini dalam satu lagi perlawanan getir dalam usaha untuk mengejar Liverpool.

Manchester City mengalami kejutan apabila tewas mengejut kepada calon pasukan untuk tersingkir ke liga bawahan iaitu Newcastle United.

Guardiola jelas memuji kebolehan Emery untuk menyesuaikan diri dengan landskap bola sepak Inggeris dengan pantas.

Hal ini kerana, beliau berasakan untuk berbuat demikian cukup sukar dan ianya terbukti apabila musim pertamanya di England berakhir dengan tiada kejuaraan.

“Musim pertama di negara baharu seperti England bukannya mudah tetapi apabila saya melihatnya dari luar ianya kelihatan baik.”

Arsenal perlu menang perlawanan ini untuk terus mengukuhkan cengkaman mereka terhadap tempat ke-4 Premier League dan memberikan bantuan kepada Liverpool untuk menjarakkan diri dari Manchester City.

Sementara bagi juara bertahan, 3 mata menentang Arsenal adalah wajib.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN