Kelab Thai League 3, Angthong FC Hadir Ke Stadium Untuk Aksi Liga Dengan Bot

Angthong FC ke stadium naik bot

Bukan satu jenaka, sebuah kelab yang bersaing di Thai League 3, Angthong FC termasuk lawan, Samutsongkhram FC dan penyokong terpaksa menaiki bot untuk hadir ke stadium bagi satu perlawanan liga pada Sabtu lalu.

Menurut satu perkongsian bergambar di Twitter, Thai League Central memaklumkan Angthong FC tiba ke stadium menaiki bot menerusi sungai.

Bagi kita yang di Malaysia, mungkin ia berbunyi agak pelik apabila melihat perkongsian itu dan pasti ada yang akan mempersoalkan kebenarannya.

Angthong berdepan pendahulu liga, Samutsongkhram untuk aksi ke-9 Thai League 3 di laman sendiri, Ang Thong Province Stadium. Stadium tersebut terletak berdekatan dengan Sungai Chao Phraya, sungai utama di Thailand.

Malangnya, pada hari perlawanan, telah berlaku banjir di sekitar stadium yang menghalang terus laluan keluar masuk ke kawasan stadium. Mungkin musim tengkujuh menyebabkan kawasan berdekatan sungai dinaiki air.

Malah dilaporkan wilayah Ang Thong sememangnya dilanda banjir kilat.

Para penyokong pula mula risau yang perlawanan tersebut bakal ditunda.

Namun, sebaliknya berlaku apabila perlawanan diteruskan seperti biasa kerana air tidak memasuki kawasan dalam stadium dan mereka turut menyediakan pengangkutan khas buat semua yang mahu ke stadium.

Jika di Malaysia, seperti amalan biasa Johor Darul Ta’zim (JDT), pihak pengurusan menyediakan pengangkutan Bus Shuttle untuk ke Stadium Sultan Ismail. Tetapi, Angthong menyediakan bot khas untuk membawa kedua-dua pasukan dan para penyokong sehingga ke pintu masuk stadium!

Ia boleh dianggap satu dimensi baharu dalam saingan bola sepak Thailand.

Dalam satu pengumuman oleh pihak pengurusan Angthong FC, mereka menjelaskan yang ia menjadi tanggungjawab mereka bagi membolehkan pemain dan penyokong melalui hari perlawanan seperti kebiasaan.

Walaupun kawasan sekitar stadium tidak dapat dimasuki kenderaan darat, mereka telah menyediakan beberapa pengangkutan air bagi membolehkan perlawanan tetap dilangsungkan. Mereka turut meminta kerjasama semua agar mengikut arahan pegawai bertugas atas faktor-faktor keselamatan.

Turut dikongsikan suasana kehadiran kedua-dua pasukan dan penyokong. Tampak senyuman kegembiraan dan keterujaan mereka apabila berpeluang merasai pengalaman menaiki bot untuk  hadir ke perlawanan bola sepak.

Angthong merupakan kelab yang pernah diwakili pemain dari negara kita sekitar tahun 2019 hingga 2020, Zafuan Azeman yang telah ditamatkan kontrak akibat masalah kewangan yang melanda disebabkan Covid-19.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN