‘Kelab Terbaik Untuk Terus Menangi Trofi’ – Sergio Ramos Lengkapkan Perpindahan Ke PSG

Sergio Ramos PSG
All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Loading official content
All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final
Take a look back at Newcastle United’s run to the 2025 Carabao Cup final with all their goals en route to Wembley.
0 seconds of 1 minute, 14 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood
02:56
00:00
01:14
01:14
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Joshua Kimmich extends his Bayern contract Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video Newcastle United di OneFootball

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) mengumumkan pihaknya berjaya mendapatkan Sergio Ramos secara perpindahan percuma.

Pemain berusia 35 tahun itu meninggalkan Real Madrid pada bulan lalu selepas gagal mencapai persetujuan untuk melanjutkan kontraknya selepas 16 tahun menabur bakti di ibu negara Sepanyol itu.

Beliau membantu Real menjulang empat trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan lima kejuaraan La Liga.

Ramos menandatangani kontrak dua tahun sehingga Jun 2023 dan bertekad untuk membantu pasukan baharunya itu mencatat lebih banyak kejuaraan.

Musim lalu pasukan itu dimalukan oleh Lille di saingan Ligue 1 dengan menamatkan saingan di tangga kedua dan turut disingkirkan oleh Manchester City dalam kejohanan UCL.

“Ini tempat terbaik untuk terus bermimpi, kelab terbaik untuk terus menang,” ujar Ramos dan media sosialnya selepas diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu PSG.

“Paris Saint-Germain adalah sebuah kelab yang telah terbukit antara yang terbaik di peringkat tertinggi. Saya mahu terus berkembang dn Paris dan bantu pasukan ini menang sebanyak mungkin trofi. Kami akan berjuang untuk menjuarai segalanya. Allez.”

Musim lalu pemain veteren itu terlepas sebahagian besar kempen Real Madrid akibat kecederaan jangka panjang dan turut diketepikan dari skuad Sepanyol di kejohanan Euro 2020.

Ramos menyertai seorang lagi pemain baharu yang dibeli PSG dari Inter Milan, iaitu pemain berbakat besar Maghribi, Achraf Hakimi.

Satu lagi nama besar yang akan diba di Parc de Princes adalah penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma yang juga bakal diikat secara percuma selepas kontraknya bersama AC Milan tamat pada penghujung musim lalu.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Sergio Ramos:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN