Kelab Liga Serbia, FK Novi Pazar tiba-tiba mendapat liputan daripada media Indonesia kerana keinginan kelab tersebut untuk mendapatkan pemain import Sabah FC, Saddil Ramdani.
Pihak klub FK Novi Pazar bahkan dipercayai sudah menghubungi Sabah FC, dengan mengirimkan email untuk mendapat pelepasan mendapatkan Saddil Ramdani secepat mungkin.
Laporan daripada Bola Sport bagaimana pun berkata Sabah FC masih belum membalas email yang dikirim daripada FK Novi Pazar.
Pasca Piala AFF 2020, banyak tim luar negeri yang tertarik dengan pemain Indonesia, tak terkecuali Saddil Ramdani, Salah satu tim kasta teratas Liga Serbia serius ingin boyong Saddil Ramdani. Tim tersebut adalah FK Novi Pazar. [ WAWANCARA EKSKLUSIF INDOSPORT] pic.twitter.com/CTOw5VcXHi
— INDOSPORT (@indosportdotcom) January 9, 2022
Pemain sayap dari Indonesia itu dipercayai masih mempunyai kontrak bersama Sabah FC yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee pada November 2022.
Minat untuk mendapatkan khidmat Saddil dinyatakan sendiri oleh pengurus FK Novi Pazar, Dragan Radojic.
Menurut laporan yang sama Saddil Ramdani sememangnya sudah lama dipantau oleh kelab itu, dan corak permainan pemain itu dikatakan sesuai dengan gaya permainan FK Novi Pazar.
“Ya benar saya sudah memantau Saddil Ramdani selama enam bulan, kali terakhir ketika bermain bersama Sabah FC,” kata Dragan Radojic.
“Saya sangat memerlukan pemain seperti Saddil Ramdani kerana dia memiliki teknik yang sangat bagus dan pantas.”
“Saddil Ramdani akan bermain di dalam kesebelasan utama pasukan,” kamin Dragan Radojic lagi.
Contract extension for 3 Sabah FC Players. Saddil Ramdani, Alto Linus & Randy Baruh.
Sabah FC will keep them until November 2022#SabahFC#IniTeamKami pic.twitter.com/EAbKU4GQNJ
— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) June 29, 2021
Walaubagaimana pun sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengesahan dikeluarkan oleh pihak Sabah FC mengenai status Saddil Ramdani atau pun mengenai minat yang ditunjukkan oleh FK Novi Pazar.
Pemain berusia 23 tahun kelahiran Raha, Indonesia itu sudah beraksi di Liga Malaysia sejak 2019 bersama Pahang.
Sempat beraksi bersama Bhayangkara FC di Liga Indonesia selama semusim, khidmat Saddil kemudian ditagih Sabah FC ketika masih di bawah kendalian Kurniawan Dwi Yulianto.
Pemain itu terus diberikan kepercayaan oleh pengendali baharu skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee untuk memperkuatkan pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim ini.