Kelab Premier League Rancang Pulau & Boikot Newcastle United Sehingga Jatuh Ke Championship

Newcastle United dilaporkan akan berhadapan kesukaran pada era baharu kelab tersebut selepas semua kelab Premier League merancang untuk memulaukan dan memboikot kelab itu.

Hampir semua kelab bertanding kecuali Manchester City dipercayai bertindak menolak untuk berurusniaga dengan kelab yang dimiliki oleh konsortium Arab Saudi itu. Ini termasuklah semua urusan pinjaman dan pembelian pemain.

Pengambilalihan Newcastle United oleh konsortium Arab Saudi ditentang dengan keras oleh kelab-kelab Premier League dan terbaru Daily Mail melaporkan tindakan memulaukan kelab tersebut daripada sebarang urusniaga bertujuan untuk memaksa The Magpies tersingkir dari Premier League dan jatuh Championship pada musim hadapan.

Kelab Tyneside itu masih belum merekodkan sebarang kemenangan selepas sembilan perlawanan musim ini, dan terbaru pasukan itu sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Crystal Palace semalam.

Di Selhurst Park, penyokong Crystal Palace secara terang-terangan menyatakan bantahan mereka terhadap pengambilalihan tersebut melalui sepanduk yang dipamerkan ketika perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan.

Berdasarkan laporan sebelum ini Newcastle United sedia untuk merombak pasukan bermula dengan jendela perpindahan Januari ini. Antara pemain Premier League yang dikaitkan akan ke St. James’ Park adalah seperti Jesse Lingard, James Tarkowski, dan Raheem Sterling.

Pengarah baharu kelab Amanda Staveley mungkin hanya memiliki 10% pegangan terhadap Newcastle, tetapi beliau juga adalah wajah yang mewakili konsortium terbabit,

Perkhabaran ini adalah tamparan terbaru yang bakal dihadapinya selepas sebelum ini berjanji untuk membawa ramai pemain berkelas dunia ke Tyneside.

Dalam kenyataan sebelum ini Staveley menyatakan tugas berat yang bakal menanti termasuk mengubah infrastruktur milik kelab yang sebelum ini tidak pernah dipedulikan ketika kelab tersebut di bawah pemilikan Mike Ashley.

“Pusat latihan amat teruk dan kita memerlukan pelaburan yang besar di sini,” ujar Staveley ketika lawatan pertamanya ke kelab tersebut.

“Mujurlah itu adalah salah satu bahagian yang tidak diendahkan oleh peraturan kewangan Financial Fair Play (FFP). Tiada gunanya ada pemain hebat jika tidak ada tempat untuk mereka berlatih.

“Kita akan aktif di jendela perpindahan untuk mendapatkan pemain berkelas dunia. Tetapi jika anda tidak memperbetulkan infrastruktur untuk pemain ini, kelab ini juga tidak akan ke mana.

“Pada saya Newcastle adalah seperti batu permata – ia hanya perlu digilan untuk menyerlah di setiap peringkat.

“Untuk berada di kelompok atas Premier League anda memerlukan asas yang kukuh, bukan sahaja pemain yang hebat. Mereka perlu agresif, dan kita harus membina kembali pasukan ini.

“Kami juga mahu melabur di Stadium St. James’ Park – ia memerlukan sedikit kasih sayang.”

Newcastle kini sedang mencari pengurus baharu selepas mengesahkan Steve Bruce meninggalkan kelab tersebut secara persetujuan bersama.

Grame Jones kini mengendalikan pasukan itu secara sementara tatkala kelab itu masih memburu kemenangan pertama musim ini. Newcastle akan menjadi tuan rumah kepada Chelsea pada Sabtu akan datang.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN