15 Kelab Penyokong Bola Sepak Yang Berdaftar Di Malaysia

“Tanpa penyokong, siapalah pasukan itu.”

Kata-kata seperti itu sering menjadi kata-kata hangat buat sesuatu pasukan yang menyayangi penyokong-penyokongnya.

Jadi, dalam artikel ini saya akan menyenaraikan persatuan penyokong bola sepak yang berdaftar di Malaysia ini.

Premier League

1. Gerakan Evolusi Manchester United Kebal (GEMUK).

Persatuan ini telah berdaftar kian lama dan sudah bergerak aktif lamanya. Namun tidak dapat dipastikan bilakah tarikh penubuhan kelab ini.

2. Manchester City Malaysia (MCM)

MCM telah ditubuhkan pada 2007 sebelum Arab Money mengambil alih kelab ini.

Mereka telah bergiat aktif dan perlu mendaftar kepada Patron persatuan ini untuk menjadi ahli atau penyokong Man City yang sah.

3. Malaysian Gunners

Pergerakan ini ditubuhkan sekian lama dan ahli kelab penyokong ini perlu mendaftar untuk menyertai persatuan ini.

Malaysian Gunners juga bergiat aktif di dalam banyak aktiviti sesama ahli mereka.

4. Hotspurs Malaysia

Ditubuhkan sekitar tahun 2013. Hotspurs Malaysia berpangkalan di ACafella, Kelana Jaya

Kelab ini bergiat aktif dalam segala aktiviti dan juga mendapat tajaan dari Under Armour Malaysia.

5. Malaysian Kopites

Malaysia Kopites pula sudah lama ditubuhkan dan mempunyai jumlah ahli yang cukup besar.

Mereka mempunyai 2 pangkalan iaitu di Kuala Lumpur dan juga di Johor.

Malaysia Kopites juga bergiat aktif juga dalam pelbagai aktiviti sukan dan telah memenangi banyak anugerah futsal anjuran Misi 7.

6. World of Everton Malaysia

Ditubuhkan pada sekitar tahun 2014 dan apa yang menarik mengenai kelab ini adalah tiada yuran penyertaan dikenakan!

Serie A

1. Juventus DOC

Merupakan kelab penyokong Juventus yang berdaftar kira-kira pada tahun 2009, Juventus DOC merupakan kelab penyokong yang pertama yang berdaftar di rantau Asia Tenggara.

Group yang mempunyai pengawasan ketat ini bergerak aktif dan anda perlu mendaftar sekiranya mahu menjadi sebahagian daripadanya.

2. Inter Malaysia

Walaupun kini Inter digelar sebagai gergasi yang tidur, tetapi gerakan ini masih lagi tidak tidur. Mereka aktif dalam melakukan aktiviti dalam kalangan ahli kelab.

3. Milan Malaysia

Sebuah kelab penyokong yang aktif melakukan perjumpaan sesama ahli kelab untuk menonton aksi perlawanan melibatkan AC Milan. Milan Malaysia ini ditubuhkan sekitar tahun 2004.

Bundesliga

1. MyFCBayern

Satu-satunya kelab penyokong yang berdaftar dari kelompok pasukan Bundesliga. Bagaimana pun, untuk sertai kelab ini anda perlu melalui pengawasan ketat terlebih dahulu.

La Liga

1. MRMSC

Kelab penyokong musuh tradisi Barcelona ini mempunyai jumlah pengikutnya yang cukup ramai. Jumlahnya yang ramai membolehkan mereka kerap mengadakan perjumpaan sesama ahli kelab untuk menonton perlawanan melibatkan Real Madrid.

2. FC Barcelona Malaysia

Sama seperti MRMSC, FC Barcelona Malaysia juga mempunyai kelompok penyokong yang ramai.

Mereka juga sering mengadakan aktiviti bersama-sama dengan ahli kelab.

3. MyValencia CF

Persatuan yang ditubuhkan pada tahun 2013 ini mungkin tidak mempunyai jumlah ahli yang besar.

Namun begitu, mereka juga seperti kelab penyokong yang lain kerap mengadakan aktiviti bersama ahli kelab.

Gambar: MyValencia CF

Kesimpulan

Tanpa penyokong siapalah kelab itu. Penyokong jelas memainkan peranan mereka terhadap kelab itu walaupun berada jauh beribu batu.

Saya meminta maaf sekiranya mempunyai kesilapan atau kekurangan info semasa menulis artikel ini.

Nota artikel: Artikel ini telah dikarang oleh Sufi Zulkarnain. Jika anda ingin menulis dan artikel anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia. Hantar artikel anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Exco FAS: “Apa Salahnya Kalau Subahan Jadi Presiden FAS Jika Beliau Layak?”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN