Setelah tragedi rusuhan di Stadium Kanjuruhan telah menyebabkan banyak nyawa telah melayang selain kerosakan harta benda berlaku, pelbagai bantuan telah pun mula tiba untuk meringankan beban mangsa terlibat.
Menurut Bola.com, bantuan-bantuan yang hadir bukan sahaja daripada pihak kerajaan, malah beberapa pertubuhan lain turut tiba untuk terus mengurangkan beban dari pelbagai segi.
https://twitter.com/sandhatu/status/1577168514724421633?s=21&t=tD-rIxS7L4B8gDDswGP83A
Lebih unik, salah satu pertubuhan aktivis yang turut memberi bantuan ialah kelab peminat kumpulan muzik dari Korea Selatan yang dikenali ramai iaitu BTS.
Pertubuhan aktivis yang dipanggil dengan gelaran Army Indonesia itu telah pun membuat kutipan dana selepas tragedi rusuhan tersebut menerusi laman sesawang mereka, Kita Bisa.
Sebelum itu, pertubuhan tersebut juga telah dikenali ramai di Indonesia apabila mereka kerap tampil untuk memberi bantuan jika apa-apa bencana berlaku.
Sehingga semalam, laman sesawang tersebut sudah pun berjaya mengumpul dana sebanyak 420 juta Rupiah dan segala dana tersebut bakal disalurkan menerusi bantuan kepada mangsa tragedi itu.
Hasil usaha Army Indonesia itu jelas mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk kelab penyokong Arema FC iaitu Aremania di Twitter.
Selain memberi bantuan dana, Army Indonesia turut menyediakan pelbagai bantuan lain kepada mangsa tragedi di Kanjuruhan dari segi psikologi serta guaman.
Terimakasih untuk BTS Army Indonesia yang sejak penggalangan dana dimulai 3 Oktober 2022 hingga sekarang mengumpulkan 200jt dan masih terus bertambah.
Ini kalau tidak salah fans club mas-mas Korea Selatan yang kemarin ada menu khususnya di MekDonal pic.twitter.com/xcAn3usGXT
— Arema Indonesia (@AremaFC) October 4, 2022
Insiden keganasan mula berlaku ketika perlawanan membabitkan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan tamat dengan melibatkan ratusan para penyokong menyerbu masuk padang perlawanan.
Tindakan ganas tersebut jelas mendapat perhatian serius pihak polis yang berada di stadium, dan mereka mula untuk mengawal keadaan tersebut daripada perkara lebih buruk terjadi.
Apa yang dilakukan oleh pihak polis ketika itu termasuk menembak gas pemedih mata kepada penyokong yang bertindak ganas di atas padang dan perkara tersebut jelas semakin menyebabkan ianya menjadi semakin kecoh.
Marah dengan tindakan itu, beberapa penyokong bertindak dengan semakin liar apabila kenderaan kenderaan polis turut menjadi mangsa amukan mereka pada malam itu.
R.I.P Arema FC and Persebaya Surabaya from a tragic Due to the riots fans after the match in BRI Liga 1 Indonesia at Kanjuruhan Stadium, Malang last night.#BRILiga1 #AremaPersebaya #RIP#SNESports pic.twitter.com/nK5QFh7myC
— SNEsports (@SNE_Sports) October 1, 2022
Selain melibatkan nyawa, boleh dikatakan segala fasiliti yang disediakan oleh pihak stadium turut mengalami kerosakan setelah dibakar oleh sekelompok besar penyokong Arema FC.